Thursday, April 21, 2011

PINDAH LAGI?????

Rasanya baru setahun 3 bulan aku menetap kat sini, dah nak kena pindah lagi.... Waaaa , kotak2 yang bertimbun kat dalam stor tu pun banyak yang aku tak buka lagi... Ya Allah harap2 tak jadi lah hendaknya.... Letih oii pindah randah ni. Lain ler upah forwarder, depa kemas dan hantar..

Semuanya bermula bila my hubby balik dari office petang semalam.
" Management dah kena re shuffle.. My senior ramai yang kena pindah. Depa kata 'task force' pun mungkin kena pindah jugak.." Pindah... Mak oiii... "Kalau kena pindah boleh choose tak?"
" Kemungkinan besar akan dihantar balik ke tempat asal lah " What?????" Aku dah jual bakery aku, sampaikan acuan sebutir pun aku tak ambil - kira aku keluar sehelai sepinggang le... Ni nak balik sana semula. Mau putih biji mata aku nengok hasil titik peluh aku selama ini ada di tangan orang lain... La ni yang tinggal semangga (semata2) van roti ni... Tu pun aku dah berkira2 nak jual... Dah alang2 tak hantar roti merata lagi baik aku beli Hyundai Sonata ke, Hyundai Starex ke...

Malam ni kena buat sembahyang hajat nih... Kalau nakkena pindah lah jejugak biarlah ke Labuan terus... Boleh aku belajar buat Kek Lapis Sarawak pulak. Kurang2 ada Kak Ida kat sana. KakIda ni member kamcing masa kat Perlis dulu. Husband dia pun kena tukar ke Labuan jugak - tapi naik pangkat lah. Anak2 dia dengan anak2 akumemang kamceng. Depa orang beriman... Anak2 pun baguih2 belaka.

Baru lah 2-3 hari lepas aku pergi Pejabat MaRA daerah nak tanya rate sewa bangunan depa kat BB. Ada plan baik lah tu, sambil tu cuba tanya cara-cara nak cari modal. Kali ini terpaksa ambil loan , malas nak korek duit sendiri macam dulu. Lagipun duit banyak sangat dah keluar sejak duduk sini. Lebihan jual bakery dulu dah aku belikan unitrust. Sayang pulak nak cairkan...Sampaikan kekadang anak2 kata 'kesian mak , dah tak ada duit'. Maklumlah dulu hasil jualan setiap hari ada dalam handbag. Kena pulak bila koop2 atau kantin sekolah bayar weekly or monthly guna duit seringgit... Banyak tu... Nak syok lagi kalau Makcik kantin kilang simen bayar untuk 4 tempat yang dia minta aku supply. Makcik ni bayar monthly, siap masukkan dalam plastik sampah hitam... Kalau dah sampai dekat sepuluh ribu bayar dengan duit seringgit, bayangkan...

Anak2 pun faham....Nasib baiklah setakat ni rezeki aku tak pernah putus lagi, setiap hari ada saja order yang datang.. Cuma tak banyak macam dulu, tapi tetap rezeki kan. Sekarang ni aku bergantung pada hubby aku dan duit kelapa sawit aku. Tu pun selalunya aku simpan terus duit kelapa sawit tu, kalau tak tak ada simpanan lah aku.. Beli lah SSP ke, ASB ke. Last week tukar dividen SSP , masyaAllah, sikit nye rate dia 0.75 percent je. Ingatkan boleh dapat ribu roban macam dividen ASB dan Tabung Haji, ropa2nya hancus... Perasan nak kena jual balik dan beli emas je. Kerani kaunter tu kata ( dengan nada lembut) " we concentrate more on cabutan bertuah..." Malangnya tuah aku dah lari ke Madagascar...
Ya Allah, semoga my hubby tak kena pindah lagi, paling2 pun tunggulah year end . Kesian anak2, kebetulan sejak pindah sini anak2 aktif sungguh participate dalam aktiviti sekolah. No 1 yang a bit reserved pun kerap wakili sekolah ke pertandingan syarahan, forum, sukan. Tu belum jawatan kat sekolah lagi, pengerusi lah, ajk lah , meja lah.... My no 2 memang aktif sukan - sukan orang badan besar le. Recently ke MSSS untuk baling bola besi dan lempar cakera. walaupun tak dapat pingat still top 8. Next week mula lah dia sibuk dengan Rugby MSSS nya. No 3 walaupun gila online games still manage juga participate untuk sekolah. Sekarang dia dan no 2 & 4 sibuk practice poomsea. Nak grading utk blackbelt taekwando. Tapi kalau kena pindah gak, aku tinggal dulu lah kat sini dengan anak sampai year end. Alhamdulillah no 4 pun aktif wakili sekolah untuk bola baling dan bola jaring. Sambil tu dia wakil pidato sekolah agama , siap bersyair dan berpantun tu... AAN pun wakili sekolah dalam acara Football. Dah beli but bolapun... Mana boleh kalah dengan No 2. Apa abang ada, diapun nak jugak. No 6 aje yang selalu merengek, "mak, jom kita balik Kedah... Kawan acah ramai kat sana". Dulu dia aku hantar nursery, so ramailah kawan.. Sekarang duduk rumah dengan mak aje. Larat nak main 'dolidoli' tiap hari..

Pindah jangan tak pindah, kat tempat isteri di sebelah suami...( ke di belakang? hentam sajalah!). Sembahyang hajat... Jangan lupa!

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin suka yang ini!