Saturday, February 19, 2011

CABARAN TAK MAKAN NASI - Minggu Pertama

Saturday 19 Feb.

Masuk hari ni dah seminggu aku tak menjamah nasi. tapi tak bermakna aku boleh makan benda2 lain ikut sesuka je. Aku tak makan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat tinggi. Basicly aku makan sikit je. Sayur dengan ikan ke, ayam dengan sayur ke, biskut dengan sambal tumis, secawan oat dengan kismis ke, yang ringan2 je. Setakat ni Alhamdulillah, nafsu boleh dikawal. Amalkan minum tea yang diperah liamu nipis. Kebetulan balik kampung CNY hari tu mak bekalkan seplastik limau kasturi, jadi aku guna je limau tu. Bila rasa lapar minum je air masak. Badan pun rasa ringan, senang berpeluh. tapi pizza aku hentam jugak. Dah hari2 ada tempahan, mesti buat extra untuk anak2, alah aku setakat rasa one small slice je... Lepas tu skip dinner... Yang aku perasan sangat2 bila tak makan nasi ni, makanan kita cepat sungguh dihadam kan, apa yang aku makan masa breakfast wajib keluar petangnya. Macamana aku pasti? Intai2 le waktu melepas tu. Perut pun dah kurang cm nya. Tak ukur lagi tapi seluar ada sedikit melorot kebawah dah.

Sat lagi aku nak pi timbang berat dan ukur badan. Jeng, jeng, jeng.... Hopefully ada penurunan yang positive. kalau tak ada perubahan, nampaknya petang ni kena mula main tennis or squasah dengan Cik Din. Racket pun dah berdebu dalam stor. Kalau rajin lebih boleh ajak Mustaqim jogging atas trek. Dapat 5 round dah kira bagus banget... Tak larat lari, jalan pun jadi lah..
Kita tunggu minggu depan untuk result yang seterusnya.

SAKIT NYA HATI AKU!

Yesterday while waiting for my kids infront of SKJ, a girl with a black tudung, wearing black t-shirt with a black inner - latest trend , pakai t-shirt short sleeve and matching inner, sat in between a group of boys. Tak kesahlah tu, tak ada undang-undang yang mengatakan tak boleh duduk antara bebudak lelaki in public. Tapi , kalau dah dia aje sorang 2 in that group quite questionable jugak. Beforehand, this particular girl datang ke bas stop tu naik motor, a yamaha cub rasanya, aku pun bukan expert sangat jenis2 motor ni unless she came with a Harley mungkin berpusing jugak kepala aku. Dah le laju tak pakai helmet pulak tu, tak sayang nyawa ke... For sure tak ada lesen punya tu. Kalau ada lesen, mesti dia faham undang2 that you are not supposed to drive bare-head. But, that is not the point!

A few minutes berlalu, came another bike, a pillion turun, rider nya terus berdesup ke BB. A smart boy aged around 15, rambut tegak dan berkulit putih kuning sat beside that girl. Rasanya on that particular bench semuanya LELAKI except that particular girl. Adalah several pokcik2 dengan tangan tergawang2 so immersedly bersembang sampaikan oblivious to depa punya surrounding. Kalau kira patut, depa mesti kenai that girl tu anak siapa sebab pokcik2 ni memang penunggu tetap bench tu sementara anak2 habis sekolah. Aku kotlah newcomer. Sikit punya 'cantik' girl tu, dia selamba jer peluk pinggang that boy after salam 'high five'. Rasanya bukan mata aku jer yang terjojol, ada gak a few mokcik2 macam aku yang tak turun dari kereta dok perati. Quite a head turn jugak le. Tak cukup lagi tu that boy dengan selambanya baring atas riba that girl. That girl pulak dok main2 rambut that boy. Oiii... You all berdua ni baru 15, dah buat aksi2 yang tak sepatutnya in public pula tu. Gamaknya kalau kat tempat tersorok macamana agaknya. Perangai2 macam ni lah yang induce to ZINA. Kalau kat public puh dah tak tahu malu, lagi lah kat tempat lain. Inagtlah mak bapak oii, kotlah dah tak ingat hukum... Bebudak yang lain buat selamba derk je. Agaknya bagi diaorang keadaan macam ni dah biasa je kot. Aku je yang terkejut beruk tengok depa2 ni. Amboi, SAKITNYA HATI AKU.... Kalaulah anak aku, aku siat2 masa tu jugak. DENGAN SELAMBANYA AKU TEKAN HORN. "Poon" Barulah berpusing kepala pakcik2 kat sebelah bebudak tu. Agaknya termalu, that boy bingkas duduk. Tapi sekejap je, lepas tu dia buat balik... Aku dah mula rasa kepala ku membesar.... bengang beb, Tapi Allah maha pengasih, sebelum aku bertindak buka mulut, anak2 aku pun sampai. "Jom balik mak!" Ya Allah aku pohonkan semoga budak berdua tu tidak terdorong kearah zina, harap2 adalah antara pokcik mokcik yang ada di bus stop tu menegur mereka.

Aku ada boyfriend jugak zaman sekolah dulu. Tapi tak sangguplah buat adegan terlampau begini coz ada IMAN. Keluar dengan boyfriend pun after 18, sebab masa tu perasan dah boleh bertanggungjawab pada diri sendiri. Tolonglah anak2 bangsaku yang seagama dengan ku, kawallah diri. Kepada mak bapak diorang, walaupun di luar rumah kawalan tehadap anak masih tetap diperlukan. Kenalilah kawan anak2 anda. Ambil tahu mana rumah mereka, siapa ibubapa mereka. Bukannya apa, kalau ada kecemasan dan anak kita tak ada di rumah, tahulah kita di mana anak kita mungkin berada. Memang handset ada, tapi bebudak sekarang bila mak called kata ada di lokasi Y , sebenarnya ada kat X. Menipulah tu namanya. Tapi ingat. menipu tu berdosa, lebih2 lagi dengan emak bapak. Macam Aan kata, kalau bohong masuk ' taman negara'!

Ada surah yang andai selalu dibacakan keatas umbun2 anak2 akan mengelakkan mereka dari zina. Kalau tak sempat pun atleast amalkan membaca surah Thoha 1-5, Surah AlQadr dan AlInsyirah sewaktu memasak nasi atau apa jua makanan untuk anak2 dan suami. Berdoalah supaya Allah lembutkan hati mereka dan jauhi dari perkara yang mungkar. InsyaAllah doa dari ibu mustajab.

Monday, February 14, 2011

CABARAN TAK MAKAN NASI - Day 1 & Day 2

Day 1 - Saturday 11 Feb




Pagi ini agak kelam kabut sikit. Have to wake up earlier than usual. Anak2 ada kelas ganti hari ini. Cik Din pun ada kelas ganti gak. Alamak , aku dah register untuk kelas blog kat KKKL. Last night dah puas memujuk Bilah tolong jaga Aan & Ecah. " Please Bilah, mak masak siap2 untuk breakfast & lunch. Bilah tolong tengok adik dan suruh depa mandi je, okey..." Sebenarnya aku dapat rasakan Aan & Ecah tak akan bangun lagi pun by the time aku balik. Bila cuti Weekend je depa dua ni akan stay up main game online. Ecah dgn Dolidoli, Aan dengan 899 games. Pagi esok terbungkangle... Kelas habis pukul 2pm. Nanti aku cuba percepatkan. Agak2 aku pandai lebih sikit dari sekarang ni aku cabutlah. "Alah, awak pegi ajelah, class saya 2 jam aje. Nanti in between tu saya balik sat check depa."


Fuh, leganya rasa bila ada assurance mcm tu.




So, aku sediakan seteko milo, roti dan kurma for breakfast dan masak nasi lemak, sambal tumis dan ayam goreng berempah for lunch. Prepare siap2 atas meja makan siap dgn air masak sekali. "Mak..... Mak letak pinggan kilat ajelah, takut nanti adik bagi pecah. Bilah tak pandai lah kalut2"


Bilah memang lemah lembut compare to Nisa' and Edah. Depa kata lemah longlai... Tapi lembik2 si Bilah dia ada several medal from taekwando tournament. Pinggan kilat? Nantilah aku cerita kemudian.




8.30 am - Timbang berat dulu. 74kg. Aik , turun sekilo. Agaknya sebab tak makan malam kot. Minum milo dan 2 biji kurma. Zoom, aku ke KKKL. Hopefully tak lewat. Hopefully gak aku bukan yang tertua dlm kelas tu.




12.30pm - Perut ada bunyi da... Conductor program pulak kata instead of having a lunch break at 12.45 kita sambung terus sampai 2.00pm. Bagus jugak . kalau tak pukul 4.00 baru nak habis. Pelan2 aku korek poket Doraemon aku dan cepat2 aku ngap segenggam kismis. Bolehlah bertahan sampai pukul 2.oo kot.




2.00pm - Dengan pantas salam dgn other participants dan conductor program aku cabut balik. Nasib baik 1km je dari rumah. Lapar beb! Walaupun ini day 1, tapi dari semalam lagi aku tak jamah nasi. Cuma makan lauk dan sayur je. Paling heavy pun secawan oat dengan susu semalam petang. The rest tu aku togok je air masak.


Sampai rumah semua anak2 dah balik. Buka tudung saji tinggal nasi dan sedikit sambal je. Ayam goreng berempah dah ilek.... Baru plan nak makan ayam dengan roti je. At last makan roti dengan tomato. Lagi best! "Ta, ada my friend order pizza, 2 kotak je. Agak2 boleh buat tak? Dia nak before Isyak" . Alamak, mozarella cheese dah habis. Aku perabih masa buat pizza utk CNY hari tu. Ada 6 jam lagi... Sempat... Zup, lepas sembahyang zohor aku bawa Bilah, Ecah & Aan ke Tesco beli barang2 yang perlu. Sesambil tu ambik hati depa la coz kena tinggal tadi. Lepas belanja Aan tart telur kat Kedai Roti Kings terus balik " Lama dah mak tak buat tart ni. Aan suka. Dulu kan mak hari2 buat. Kek pun mak tak buat.. Kenapa mak jual kedai mak? Kenapa kita pindah sini? Aan rindulah kawan2 Aan." That is Aan. Walaupun baru semalam dia makan tart telur itu dah consider lama dah.


Wahai anak2 kenapa payah nak faham, kita pindah sini sebab abah kena pindah kerja sini. So, mak kenalah buat keputusan jual bakery mak tu. Mak tak setuju dengan idea mak di Perlis , abah di Selangor. Biarlah mak berkorban asalkan kita tetap bersama. Susah senang bersama2. Berkorban lagi, dulu berkorban coz nak jaga anak2 yang berderet mcm keretapi, aku berhenti kerja.




5.00pm - Alamak lutut ada sikit ketaq la... Bancuh milo pekat2 dan 2 keping cream crackers cap pingpong will do. Base pizza dah siap. Tinggal nak letak topping je . Pukul 7.00 sempat lagi. Boleh hantar panas2. "Mak ada buat extra tak? Atim nak makan lah..." Tiap2 hari ada order maka adalah extra untuk Atim & Associates.




8.00pm - "Mak, Edah buat pancake, mak nak?" Aduhai anak2 tahukah kau betapa sukarnya menahan nafsu kelaparan ini... "Boleh gak, sikit je.."




11.00pm - Alamak, senak perut ni. Ini bukan lapar ni... Rasanya ni akibat minum air masak terlebih banyak dan kismis yang amat banyaknya jugak. Selepas berulang 3 -4 kali ke toilet aku decided bentang toto depan toilet. Ecah dengan setianya meneman di sisi. Maka berlalu lah day 1 dengan selamatnya. Walaupun agak lapar, tapi badan rasa ringan dan mudah berpeluh bila buat kerja rumah. Satu lagi yang aku amat perasan lepas Asar tak rasa ngantuk pun, selalu nya waktu ni mata tak boleh-boleh nak bukak!




Day 2 - 12 Februari



Sunday again. Perut memulas dah pun hilang.
Last night my Cik Dik tolong sapu Krim But-but HPA kat perut dan belakang. Pagi ni takut nak timbang berat. Nantilah tunggu minggu depan. Baru nampak sikit perbezaan kan!


9.00 am - Breakfast roti telur, mee kerinting goreng - aku bubuh sayur sawi, kobis banyak2. Sayur aku makan, mee dan harta karun nya anak2 makan. Atim goreng French Fries pulak. Ambil lah jugak 5 -6 pieces. Nanti kecik hati Atim penat2 goreng!


1.00 pm - Lunch nasi dan ikan bawal sweetsour je coz mee goreng banyak lagi. Aku makan ikan , sayur dan sesenduk mee je. FYI, apetite dah kuranglah. Tak berasapun nak tambah or makan itu ini macam dulu2. Makan untuk hidup kan! Yang penting ber jug2 air masak aku telan.


4.00pm - Siapkan pizza untuk instructor taekwando anak2. Cadangnya last Sunday CNY tu nak celebrate birthday Aan, tapi dah tersangkut kat kampung, so cancelled lah. Kerana dah anak2 dah bercerita yang mak buat pizza so buatlah sikit as penyedap hati. Buat besar2 potong empat. Nak buat sorang satu kotak tak sempat.

Hari ini Bilah dapat red beltnya. So, sekarang ni Atim, Edah dan Bilah dah all reds. Aan je yang masih hijau. Tapi kalau suruh orang yang colourblind tengok, nampak merah jugak kan!


Nampaknya sampai malam melabuhkan tirai, aku rasa ok je, tak letih or kelaparan. Gamak rasa keroncong makan lah secawan oat dgn kismis ke, paling kurang milo secawan ke. Yang penting bila craving for food minumlah AIR KOSONG. Kenyang air, nafsu makan pun hilang. Cuma rajin pi kencing le...





Friday, February 11, 2011

CABARAN TAK MAKAN NASI - History

Aku bukanlah gemuk sesangat, cuma 16kg terextra dari dari ideal weight aku. Tu pun kalau ideal weight aku 60kg. Tapi kalau ikut masa anak dara dulu ideal weight aku 55kg. Gamaknya over the years tinggi aku bertambah beberapa cm lah yea. Tapi itu semua tak menampakkan perbezaan coz size badan aku bertambah lebar le pulak. Dulu size S, sekarang size L le pulak . Tu pun kekadang terbabas ke XL.
1993 - berat aku 47.5 kg
1995 - mencanak naik ke 65 kg selepas kelahiran Nisa'
1997 - Turun  60 kg selepas dapat Atim
1999 - naik 65kg selepas dapat Edah
2001 - maintain 65kg selepas kelahiran Bilah
2006 - naik lagi, 70kg selepas kelahiran Aan
2008 - maintain 70kg walaupun dapat Ecah yang comel
2010 - naik lagi 5 kg selepas pindah sini sebab dah retired tak tau nak buat apa. Asyik2 makan dan tidur.

Antara faktor2 yang contribute kenaikan badan ialah tidur lewat or kekadang tak tidur menyiapkan tempahan . Daily punya supply staff mahulah overtime takat 2 - 3 jam. Dah kalau ada adhoc punya event especially dekat2 cuti sekolah, maunya tak tidur, siap angkut anak2 lagi tolong teman kat kedai. Satu lagi selepas dapat Ecah aku dah buat BTL. Doktor tak galakkan untuk mengandung lagi after 3 ceasarian. Apalagi, buat pemandulan le. Kekurangan hormon bukan saja membuatkan aku  senang naik berat badan malah jeragatpun mula muncul. Dah tua dah tu..

Aku dah cuba macam2 produk menguruskan badan seperti jamu, fiber, slimmimg tea etc. tapi tak menampakkan hasil yang begitu ketara. Hinggalah aku terjumpa balik LumiGlow aku yang hampir expired tu. Tenyeh punya tenyeh turun gak 5kg dalam sebulan. Aku start awal Januari, date tak ingat. Jeragat aku pun dah berkurangan jugak. Balik kampung lupa nak bawa. Makan pula tak ingat diri, naik balik 6.5kg .
Kenapa aku beriya2 nak turunkan berat? Sebab penyakit lah. Last few month cholesterol level aku 6.1. Masih okey walau tinggi .Bulan ni rasa badan tak sedap pulak , kaki mula kebas2 bila duduk lama sikit. Bila sembang dengan kekawan yang sama size or more semua mengadu sakit lututlah etc.  Takut beb. Emak kat kampung pun sakit lutut gak, tapi mak dah 70 over. Aku? Last 2 month masa derma darah, doktor pun suggest turunkan 15kg or more untuk kesihatan yang baik. Cik Din pun ada tegur, "kalau awak buang 10kg pun dah okey dah. Taklah awak besar dari saya!" Harunya...

So, anggaplah today hari percubaan aku untuk tak makan nasi. Pagi tadi dah berjaya menentang keinginan makan nasi lemak. Aku breakfast milo dengan 7 biji kismis , sekeping biskut cap pingpong dan 2 biji kurma.
Lecehnya aku tukang masak Cik Din &Co. Setiap hari aku yang masak nasi dan lauk pauk yang sesuai. Kalau aku kerja mudahlah sikit. Bnayak choice yang bukan nasi ni... Alahai....
Namun aku berjaya lagi tengahari ini. Hari ini masak lemak kubis, sambal tumis telur dan ikan goreng. Satu kombinasi yang cukup sedap kalau ketiga-tiganya digaul dengan nasi dan ditambah sedikit kicap. Aku pejam mata je, walaupun Cik Din & Co makan bertambah2. Aku makan sayur dengan ikan goreng je. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan, kan, kan....

Pukul 4 petang rasa lapar sesangat, teguk air masak 3 - 4 gelas dan makan kurma 2 biji. Atim pulak datang, "mak, laparlah. Atim nak makan nasi boleh. Semua orang dah makan kan, Atim perabih lauk ye.." Makan depan aku pulak. Godaan. Lepas tu aku siapkan base pizza. Ada tempahan malam ni dan terus mengadap laptop sampai sekarang. Semoga malam ni aku berjaya lagi menepis godaan yang datang. Malam okay je coz aku memang tak makan malam. Kita tunggu esok - Day 1 !

CABARAN TAK MAKAN NASI - Intro

Last two weeks I manage to shed 5kg, rasanya not from my tummy, possibly from my lengan coz banyak longgar jugaklah bila pakai blouse kat lengan tu. Amat lah gembiranya hati. Tu pun setelah penat menenyeh Lumiglow kat lengan, leher dan perut aku selama 2 minggu lebih kot.Lumiglow ni adalah saki baki yang terselamat dari lemparan aku setelah aku marah sesangat dengan leader uptrend yang bohong besar kat aku tahun 2009 lalu. My hubby kat " Sat aje tu, balik kampung CNY nanti naik le pulak 5kg lagi plus lagi maybe." "Eh, mulut.."

CNY , balik kampung. Aktiviti utama adalah MASAK dan MAKAN. Part balik kampung ni memang best. Waktu inilah nak mengimbau masakan2 'peberet' masa kecik2 dulu. Tambah lagi pulak ada Kak Yam - my sister-in-law cum mak sedara belah mak aku, yang sentiasa sporting dan helpfull bab masak2 ni. Dia biasa kerja kat kitchen hotel di Pulau Tioman. Expert bab masak2 nih. Aku memang tukang masak Cik Din and Co. Memang kecoh dapur. Tambah pulak Ina dan Inon sekali mengacau. Eh, kali ini tak merasa lak Ina dan Inon masak ye..Tak cukup dengan aktiviti makan 6 kali sehari , tu tak termasuk cendul dan teh ais limau dgn kerepek pisang mak in between, ada pula malam BBQ . Malam tu sikit punya hebat banyaknya makanan. Ada otak2 (mak beli 150 keping - habis jugak), satay daging boyan Taufik, ayam, ikan (ikan kembung, ikan jacket, ikan mata besar), udang, sosej- berbagai 2 saiz dan rasa, kupang  dan rasanya ada lagi tapi tak boleh recall.  Itu tak campur lagi dengan macam2 incidents during  BBQ tu, dengan Ayie bergaduh dengan AAn, Ayie merajuk dengan Iwan, tetamu tak diundang , dapur arang terbalik angkara Ina etc .Bila dah makan banyak2 dan macam2 ni off course ada effect nya.

Kesan yang terawal sekali, Piqah, Ecah, Bilah tergaru2. Depa bertiga ni hentam otak2 berbakul2 sampahnya. Allergy lah tu. Nasib baik ada syrup anti histamin Ayie punya dlm fridge. Kebetulan mak piqah nurse , so bila dia kata ok, kami pun follow je. Selesai satu masalah.

Esok pagi, eh tak sempat lagi, pikul 12 tghmlm, kak yam mula diserang senak perut dan muntah. Kesian dia tak tidur malam tu asyik ulang ke toilet. Nasib abik abg aim penyayang, sanggup pi  kedai 24 jam beli pil 'pocai' dan air seratus untuk kak yam.  Diikuti pulak oleh mak ita - aku lah tu, Cik Lan , Edah, Bilah,Ninon dan semualah kiranya. Opps ada yang terselamat iaitu Cik Din yang memang cuma makan daging dan ayam je, Nyai yang tak mkan kupang, Nisa' yang tak pernah cuba nak makan kupang pun dan Yai yang cuma cuba satu bagi setiap sejenis makanan - mesti ada ilmu ni... Sahih keracunan makanan ni. Mesti identify puncanya. Selidik punya selidik, diketahui - The culprit is Mr Kupang. Sapa tukang basuh dan tukang bakar ni? Esoknya jamban mak fully booked. Lepas sorang, sorang.

Esok ke a day before tu kami ada makan siput sedut masak lemak dengan sayur keladi and asam pedas ikan parang. Bayangkan dalam perut tu ayam bergaduh dengan lembu, ikan temenung kena serang dengan ikan parang, ikan jacket jadi perisai  etc...

Tak larat nak cerita panjang2 lagi , hari ini jumaat. Sat lagi nak menyupir pulak. Anak2 balik awal hari ini. Maka setelah merasakan badan berat semacam aku pun naik penimbang. Alamak! naik balik lah.... Bukan takat 5 kg tapi 6.5kg.... Dahsyat tu. Dah cirit2 pun berat tak hilang jugak ke.. Maka aku pun carilah petua2 mengurangkan berat badan ni. Kebanyakan or most of it lah senang kata 'JANGAN MAKAN NASI'....
So, setelah puas merenung dan membelek nasi lemak yang aku beli on the way back hantar AAn kat tadika tadi,   "maafkan aku, nasi lemak, mulai hari ini aku cuba untuk tak makan nasi...."  Bukan nak menyiksa diri , cukup sekadar boleh menghilangkan 16kg yang sebesar AAN dari badan aku ni so that aku dapat balik my ideal weight....

Kuatkan azam, aku nak sihat..... dan kurus...

Monday, February 7, 2011

ANAK DARA MELAYU MAHAL KE?

Pukul 12.30 tengahari tadi, Abah Din Called, "Ta, maintenance nak pi rumah  nak bubuh silikon kat sinki awak tu. Awak ada rumah tak?" "Ada... Awat yang baru habaq la ni, saya tengah masak ni. Hari lain tak leh ke?" "Dah boss dia suruh buat hari ni, biarlah dia buat kerja dia... Bolehkan.." " Anything for you, dear.." My hubby 'Mudahman'. Kalau boleh semua kerja nak bagi mudah. "Jangan susahkan orang, kalau kita permudahkan kerja orang lain, Tuhan pun akan permudahkan urusan kita" That is his motto.

Yang aku tak bagi maintenance perbaik sinki tu hari bukan pasal aku tengah masak, tapi rumah bersepah-sepah. Betul2 kat depan pintu masuk pulak tu. Kami baru je tiba dari kampung. Kekononnya nak balik tengok banjir, tapi anak-anak kata "tak nampak air pun..." Silap info lah tu...
Sampai rumah pukul 5.45am, elok sangatlah tu, anak2 bolehlah terus bersiap ke sekolah. So, Abah Din angkat semua barang yang kami balik dan longgokkan depan main door. " Ok, saya dah tolong angkat. Awak simpanlah ye..." Issh... kalau di angkat masuk terus kedalam bilik kan ke lagi bagus...Aku plan lepas anak2 pi sekolah nak terus tidur. Letih ooo drive tengah2 malam, walaupun cuma half of the journey je aku drive. Siang tu pulak aku cirit birit penangan makan laut , darat dan udara. Letih...
Lantaklah, sepah pun sepah lah.. Aku punya rumah..

Maka datanglah mamat maintenance ni, "kak mana mau baiki?"
Rupa macam Mat Bangla or Pakistani. Cakap pun slang depa juga. So akupun cakap bahasa baku, kot2 lah dia tak faham cara aku cakap nanti. Sambil dia buat kerja tu, aku tanyalah dia macam2, sambil tu pegang senduk besi, mana tahu.... Dah le yang ada dalam rumah tu aku dan Ecah je.. Abah Din tak balik . Ada kursus R&D. Dia jadi LO hari ni, so tak boleh tinggal majlis.
"Dah lama ke tinggal di sini?"
"Sudah lama, 1992 lagi dah mari sini."
Woit, dekat 19 tahun dah.
"Saya sudah kerja rata Malaysia. Johor pernah, Batu Pahat pernah, Masai pernah, Terengganu pernah, Selangor sudah lama..."
Soalan cepu mas aku pun keluar. " Dah lama duduk sini , kawin orang Malaysia ke?"
"Sapa mau sama saya, rupa tak bagus, wang pu tadak..."
"Eh, orang kawin dengan orang lah, bukan wanglah... Kat kampung saya ramai yang kawin dengan orang macam you"
"Saya tak hensom, kerja pun kuli saja..."
Dah dekat 20 tahun duduk sini takkan kuli lagi kot. Paling2 pun supervisor dah. Lagipun dia sorang2 handle area ni. Must be man of all trades.
" Tak kawin lagi lah, ni?"
"Sudah, saya kawin sama orang Indon juga. Perempuan Melayu mahal. Saya tak mampu"
Indon? Perempuan Melayu mahal? Mati 2 aku ingat dia Mat Bangla... Indon rupanya...
"Asal mana?"
"Jawa Timur" "Kakak orang Johor, Jawa juga kah?"
"Haah, aku wong Jowo, ngomong Jowo..."
"Ohhh, podo lah kito yo..."
"Nopo ngomong koyok wong Bangla wae?"
"Aku iki manggon kambek Bangla lebih sepuluh taon, slang ku pon koyok Bangla wes san"
Bla....bla... Kami pun sembang jawa sampailah dia siap buat kerja dan balik.

Persoalannya, Anak Dara Melayu mahal? Iyake.. Anak dara Johor cuma RM22.50 je. Anak Dara Selangor RM80.00. Anak dara Kedah kotlah mahal sebab selalu nya mas kawin di tetapkan oleh bapa pengantin tanpa jumlah yang khusus.
Mahal hantaranlah kot... Tu bukannya wajib. Kalau hati dah suka, share  aje lah duit belanja tu. Kalau nak tunggu cik abang kumpul duit sorang2, alamat tua lah anak dara tu. My father lagi senang, "Hantaran untuk anak saya adalah seikhlasnya yang termampu oleh anak teruna." Nasib baik kena orang yang faham bahasa dan tahu menilai manusia. Kalau lah kena orang yang tak reti bahasa, jawabnya NIL.. Kesian aku...

Rasa2nya baru semalam my sister kata benda yang sama. "Anak dara kita mahal lah Kak Ita, tu yang ramai kawin lari dengan PATI or bangsa lain." "Bayangkan mas kawinpun minta 2 -3 ribu, tu tak masuk hantaran lagi. Kena serba berdiri.... Jawabnya anak teruna cabut lari....Minta hantaran biarlah padan patut. Kalau anak teruna kerja kerani, janganlah minta sampai tahap engineer. Tapi kerani sekarangpun ramai yang jutawan pe.. Dah join MLM semuanya... Jangan sampai jadi " Siapa Kassim Selamat? Loyar, Magisterit?" sudah le..

Kalau macam aku ni, ada 4 anak dara. Rupa ada, pelajaran pun Insya Allah bagus semuanya. Hatta Ecah yang kenit tu pun pandai cari sendiri "dolidoli" dlm internet, bayangkan yang 4 - 5 kali ganda Ecah. kalau sorang paling kurang 5k , 20k aku dapat. Boleh dapat berkeping2 Dinar tuh...tapi aku tak tergamak nak buat begitu. yang penting mampu nak bayar mas kahwin, upah imam dan saksi sudah, tak  kan itu pun aku nak tolong bayarkan. Depa nak tolong jaga anak kita, so kita kena ikhlas dengan depa, barulah depa jaga anak kita baik2. Asalkan lepas kawin tak botak kepala nak bayar loan bertimbun sudah le.. Dah...konon nak buat grand2 tunjuk hebat kat orang...

Ibu-ibu bapa-bapa, JANGAN lah tetapkan harga yang mahal pada anak2 dara kita. Kita nak terima menantu, companion of anak2 kita. Bukankah satu kelegaan bila ada orang nak take over jaga anak dara kita. Larat ke kita nak pantau anak kita selama-lamanya. Kita pun ada expiry date. Sekurang2nya ada yang bertanggungjawab keatas mereka.
 Bukankah "Sebaik-baik wanita itu yang murah maharnya". Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. 

Wednesday, February 2, 2011

FARHAN AND ARMOR HEROES!

"Esok birthday Aan, mak jangan lupa tau Armor Heroes Aan." 
"Kan dah ada lima tu, cukuplah. Apa lagi yang An tak ada?"
"Aan nak Dragonman yang besar macam yang lain. Mak beli yang kecik je hari tu..."


Mak beli yang kecik? Amboi, last month dia yang beria2 nak yang tu juga sebab ada armour setnya sekali. Siap terlentang kat lantai Carine Chia tu. Buat malu sungguh. Terpaksa beli juga, malu punya pasal. RM35.90 tu.... Selalu beli yang single without armour set cuma RM19.90 je. 

 
Clockwise:dragonman, eagleman,
rhinoman, mastiffman, tigerman.
Aku bukan expert sangat pasal Armor Heroes ni. Tak pernah tengok pun cerita dia kat tv. Terpaksa "google" nak cari info nya.
Ecah pun siap kenal semua character yang ada. Mastifman, Eagleman, Dragonman, Rhinoman, Tigerman. Siap couplekan Eagleman dengan Barbie doll dia.


"Mak , Aan nak The darkness emperor pulak. "
Apa pulak dah ni... Mampus nak kena cari. Kat Banting ni kat Carine Chia aje yang ada jual  brand Auldley.  Rasanya aku dah angkut  semua set yang ada. Aku tak nak beli yang capayam punya, tak sampai setengah jam dah tercabut badan dari kepala. Auldley punya mahal RM 2 - 3 hinggit je dari yang biasa, tapi tahan bertahun2.


Nasib baiklah last week pi Klang Central nak cari pepperoni  untuk buat pizza kat Giant. Terjumpa pulak dengan satu rak penuh dgn armor heroes, emperor of darkness dan armours yang berbagai. Nasib baik tak bawa Aan. Sure bersepai... At last, pepperoni tak dapat Tiger hero yang aku bawa balik...

Anda Mungkin suka yang ini!