Wednesday, January 26, 2011

Orang gemuk tak boleh derma darah ke?

Uiesh... Mengarutlah..Tapi itulah hakikatnya.. Betul ke?


2 Bulan lepas ada kempen derma darah kat mesjid kuning. Aku ni dah lama bebeno tak derma darah. Aktif derma darah masa kat uitm je dulu. Tu pon wajib ditemani A.L my coursemate cum my bestfriend.( Eh, A.L  hang kat mana sekarang . Really miss U lah.) Lepas kawin and very two year beranak, tiap kali nak derma darah je, nurse yang timbang berat tu mesti akan tanya soalan wajib ni untuk org perempuan je: 


1. Datang haid tak hari ini?
2. Mengandung tak?
3.Menyusukan anak tak?


Of course tak lepas ,coz aku memang breastfed anak2 aku. Bukan takat setakat setahun dua, tapi selagi susu dikandung badan. Balik kpd cerita tadi, oleh kerana mesjid tu dekat dengan Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, ILP, TUDM maka banyak sangat lah pnderma2 tegar yang nak menambah bilangan darah yang telah mereka dermakan. Me and my soulmate (SM) pun pegilah waktu tengahari dengan harapan tak ada orang pada waktu tu. Puh.. Sikit punya panjang orang berbaris.Sambil isi borang tu terdengar2 nurse2 muda tu bersembang sesama sendiri. "Pack darah nak habis dah." "Eh, bukan baru je ambil extra masa hantar darah tadi" "Yang tu pun dah nak habis" Pot pet...


Sampai giliran aku dan SM, Senior nurse lepas ambil bacaan berat dan tekanan darah terus cakap" Encik berdua boleh tak pergi belakang sana jumpa doktor"  Aik, jumpa doktor pulak... "Eh, awak selalu pi derma kena jumpa doktor ke?"  My SM tak beranak so bolehlah every 3 to 6 month pergi derma darah. "Tak pulak".


Lepas doktor tu tengok borang kami dia pun kata" Abang ni ok je, terlebih berat 5kg je dari berat ideal. Kira ok lah tu. Tak ada kencing manis dan darah tinggi kan. Ada makan antibiotik tak recently? Pernah kena malaria ke denggi ke lately..."  Biar betul doktor ni.  My SM senyum je. "Tak ada lagi lah setakat ni doktor". "Kakak pulak ada buat papsmear tak tahun ni?" "Ada , last 3 months dan negative, Blood test pu baru je ambil resultnya bulan lepas, tak ada penyakit cuma kolesterol tinggi je". Aku jawab siap2.  "Berapa tingginya?"  " 6.1"  "Okeylah tu, sikit tinggi je, tak kena makan ubat kan.."  "Tak lagi lah setakat ni."  "Cuma kakak kena buang at least 15 kg , baru cantik."  15 kg?  Sama berat dengan AAN tu.  Sebesar Aan nak kena buang dari badan aku ni.  "Kakak balik exercise2 sikit bagi turun berat tu.  Adalah specialist kat Hospital Banting tu dia tak makan nasi 2 bulan, kurus ramping dia sekarang. Dulu sapa pun tak pandang dia, sekarang patient yang tua pun dok ngorat."  Biar betul doktor ni, 2 hari boleh le gagah, 2 bulan ,minta mahap le...Dahlah aku yang kena masak nasi hari2..


"Ni saya nak tanya betul2 ni doktor, saya ni tak boleh derma darah ke?"  "Tak boleh. Pack darah dah habis. Ramai bebeno yang datang hari ni.Tapi hari ini aje lah. Esok kak pegi ajelah ke Tabung darah kat hospital tu. Bawa je borang ni." "Bukanlah kerana saya obese maka saya tak boleh derma.." "Issh tak lah kak, kami mengalu-alukan sesiapa pun menderma as long  as tak ada penyakit yang berjangkit etc..etc..."Apa dia kata lagi aku pun tak berminat nak dengar dah. Puh, lega.  Esok pegi tabung darah ajelah...


Hadis Rasulullah SAW: "Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkan nya." HR Malik. Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai Rasulullah SAW untuk umat Islam.Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Ini adalah satu cara detokfikasi yangselamat bagi umat Islam.
Well, aku seriau nak berbekam, lagilah pulak bekam lintah, so I opt for derma darah ajelah. Sekurang2nya ia boleh menyelamatkan nyawa orang lain. Ini pendapat aku...

Tuesday, January 25, 2011

Jangan marah-marah...

Kita selalu marah2 bila anak2 buat perangai, kerja bertimbun2 tak habis2, jalan jammed etc. Kekadang tu sampai marah tak bersebabpun..Ingin saya kongsikan satu cheritera mengenai marah ni, cheritera ini benar bukan sesaje dicipta untuk menyedapkan rasa, sebab ia akan menyebabkan saya berdosa.

Iblis telah datang kepada Nabi Musa a.s. dan berkata; "Engkaulah yang dipilih oleh Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubat ku diterima." Nabi Musa a.s berasa gembira lalu ia wuduk dan sembahyang . Kemudian dia berdoa;" Ya  Tuhan, iblis adalah makhluk- Mu dan dia ingin bertaubat, maka terima lah taubatnya." Maka diturunkan wahyu kepada nabi Musa a.s. "Ya Musa, dia tidak akan bertaubat." Jawab Musa" Ya Tuhan dia mahu bertaubat." Maka turun wahyu kepada Musa;" Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya."

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marahdan sombong serta berkata: "Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya? " Lalu iblis berkata "Hai, Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku pesan kepadamu 3 perkara:

  1. Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku didalam tubuh mu mengikut saluran darah.
  2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari kebelakang.
  3. Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.
Cheritera ini saya ceduk dari buku Himpunan Hadis Modal Insan oleh Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri. Sekiranya ada yang teringin memiliki buku ini boleh intai-intai di www.stormreaders.net/booksparadise.

Anda Mungkin suka yang ini!