Thursday, March 17, 2011

TART TELUR FAVOURITE AAN...

My no 5 hantu tart telur. Pantang nampak mesti nak beli, tapi everytime aku beli dia mesti akan keluarkan statement ni.... "Kenapa diaorang tak buat besar2 macam yang mak selalu buat? Boleh makan banyak sikit kan.... Kenapa kulit dia keras tak gebu macam mak punya...Mak buka lah kedai mak balik, boleh selalu makan tart telur mak..."

Eleh, kalau mak tak buka kedai pun masih boleh makan lagi, cuma mak malas nak buat... Malas bukan kerana apa, malas nak sapu lantai coz akan bertaburanlah bahagian bawah (base) tart tu. My tart base version gebu dan selalunya aku buat dalam acuan 9' dan potong 8. Dulu2 I sell it RM1 per slice. Dulu2 lah... Kerja mudahkan. Daily I have to make 5 - 6 bekas untuk kedai dan 1 untuk rumah. It really save my time. Instead of kena bubuh base berpuluh2 bekas comel (acuan egg tart yang normal) aku cuma kena buat beberapa acuan je. macam biasalah ada yang suka, ada yang tak... Anak2 yang besar2 suka yang comel2. Anak2 yang kecil suka yang besar2... Entahlah...
Anyway today aku nak share resepi egg tart version crust rapuh (sugar crust). Pastri rapuh ni boleh gunakan untuk buat cheese tart , coconut tart dan fruit tartlet sekali, so save your time coz dengan satu jenis adunan boleh buat untuk macam-macam jenis tart.


Pastry Rapuh Manis/ Sugar Crust Pastry

Bahan2nya:
330 g mentega
170 g gula castor
1 biji telur A (kalau C, guna 1biji + 1 kuning shj)
500 g tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
1. Masukkan mentega dan gula castor, pukul sampai gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan uli agak sebati. Jangan putar lama sangat, nanti berminyak.
4. Sejukkkan adunan selama 1/2 jam dalam peti ais. Masuk dalam plastik je dan letak dalam peti ais. Sejukkan ye, bukan bekukan....
5. Doh dah sejuk, apalagi, kita terapkan doh ke acuan lah. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Tekan2 sikit bahagian lubang tengah tu.
6. Sekarang decide berapa banyak untuk tart telur, berapa banyak untuk cheese tart dan berapa banyak untuk fruit tartlet.
7. Untuk cheese tart dan tartlet, cucuk2kan lidi or garfu pada doh di acuan tadi. Tujuannya untuk buang gelembung udara. Untuk tart jenis ni , doh kena bakar dulu, cheese tart base separuh masak, tartlet pulak masak betul - jangan hangit dah le. Satu lagi yang mudah dengan base tartlet ni, bakar banyak2 boleh simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila perlu. Next posting I will share how to make cheese filling and custard cream.

Opps , sebelum terlambat, kalau rasa nak buat tart telur aje kali ini, kurangkan sukatan adunan pastry kepada separuh sahaja. Ataupun guna resepi di bawah ni. Yang ini agak sedikit gebu, sesuai untuk tart telur.


Pastry:
175 g tepung gandum
150 mentega
50 g gula kastor
50 g air sejuk/ susu segar sejuk
1 titik pewarna kuning
secubit garam

Caranya:
Ramas semua bahan kecuali air dan pewarna hingga jadi seperti serbuk. Tuangkan air sejuk/susu tadi dan pewarna dan uli lagi hingga sebati. dan kepalkan doh. Jangan uli lama sangat. Haba dari tangan kita akan mencairkan mentega dan jadi berminyak. Simpan sebentar dalam peti ais. Sekurang2nya 30 minit. Lepas 30 minit terapkan doh pada acuan tart. Jangan lupa sapu mentega/margarin pada acuan untuk memudahkan shell tart dikeluarkan.Untuk tart telur TAK perlu cucuk doh diacuan ya. Sementara tu kita siapkan kastad telurnya.
Kastad telur:
2 biji telur A (kalau C guna 3 biji)
1 sudu teh tepung kastad
100 ml susu segar
100 g gula kastor
Cara2nya:
Satukan semua bahan ini dan pukul hingga sebati. Tapiskan larutan kastad dengan penapis untuk membuang bahan asing yang tak mahu larut seperti putih telur yang berketul2. Bolehlah tuang kedalam acuan dan bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180 C. Sejukkan tart yang dah masak, keluarkan dari acuan dan makan.

Beberapa tips yang boleh dipakaiguna:
1. Kalau tak ada susu segar kat rumah, guna aje susu pekat manis. Tapi tak perlu tambah gula. Nanti manis melecis ,ada yang kencing manis. Nisbah yang boleh diguna pakai ialah 2 biji telur , setengah tin susu, 1/2 tin air (sukat guna tin susu tadi) , 1 sudu teh tepung kastad.

2. Jangan lupa sapu acuan dengan margerin/butter supaya tart tak melekat. Untuk mengeluarkan tart dari acuan gunakan lidi kecil dan cucuk dicelah2 tepi tart tu perlahan2. InsyAllah tart akan lekang elok dan mudah dikeluarkan.


1 comment:

  1. Nak Tanya..kalau saya buat tart malam ni..tapi esok br nak makan..boleh x? Kena simpan dalam bkas kedap udara je ke? Xpayah simpan dlm fridge ke?

    ReplyDelete

Anda Mungkin suka yang ini!