Monday, March 28, 2011

DURIAN OH DURIAN....

Last weekend my parents datang bertandang. Thanks to my sis dan in law yang tolong hantar mak dan abah. Oleh kerana di sini musim durian dahbermula maka berkobar2lah keinginan untuk menikmatinya. Few weeks back masa mak datang untuk first appointment kat HUKM musim tu baru aje start, tetapi still dapat menahan keinginan untuk menikmatinya dek kerana takut gula mak naik, padahal mak kalau nak makan pun makan pun seulas je, kami yang makan sampai tak terkira ulasnya. Actually tu masa tu anak2 tengan tak berapa sihat. Demam silih berganti. So, everytime lalu kat depan pakcik jual durian tepi jalan tu hela nafas panjang2. My number 4 mesti kata "sedapnya mak..." Dia hantu durian. Berbeza dgn my no 6, "bucuknya, bau kentut sapa ni..." No 6 tak makan durian , "tak cedaplah, gelilah lembik2 ni".. So, no 4 akan sapu bahagian no 6 ler.. .

Nak di jadikan cerita, maka dengan berkobar2 nya rasa seronok nak makan durian beramai2, siap called my youngest sis and family datang sini untuk join sekali, sanggup pi beli kat rumah pakcik durian tu. Maghrib2 merayau cari rumah Pakcik Mat Telur Masin kerana nak beli Durian... setakat ni kalau beli dari pakcik ni memang tak pernah mengecewakan. Bukan setakat dapat diskaun aje, siap dapat durian free lagi. Selalunya yang kecik comel or semalam punya. Nasib baik ada durian dari Pahang yang baru sampai... Kalau nak tunggu local punya next morning baru ada. Hantamlah, janji durian... Tapi, best! Sedap, berkrim dan baunya pergh....

Kerana bau inilah abah mabuk dan muntah2 esoknya. Kesian abah... Rasa amat bersalah sesangat coz malam tu terlupa nak keluarkan baki durian yang ada 4 biji lagi ke dapur luar. Tu bahagian my youngest sis lah tu, last minit dia tak dapat datang... Beli banyak biji gak, rasanya 11 biji, besar2 pulak tu. Kami dan anak2 makan dulu sebelum abah dan mak sampai. This is to avoid them from mengacau orang2 tua makan. Tak syok ler tunjukkan 'perangai hodoh' anak2 depan parent and in law. Abah 'ngelieng' teruk sekali. Sampai abah pucat lesi dan takut nak makan apa2. Habis segala brand minyak angin yang ada kami tenyeh kat abah. Siap korek dari handbag my sis tengok brand minyak angin apa dia simpan. Dari cap kapak, geliga, kayu putih, cap lang, vick etc... Cuma minyak cap pisau je tak disapu....he..he.. Abah tak pasal2 kena minum air garam ORS, air 100 dan yang syok sekali air jampi durianku.... Selalunya bila dah makan durian abah mesti suggest minum air masak dari lekukan pangsa kulit durian tu. Dek kerana rasa bersalah sangat aku goggle penawar mabuk durian, so aku buat le yang sepatutnya... Siap jampi air tu... Bukan jampi apa pun , baca selawat, fatihah, selawat syifa dan doa minta kesembuhan dari Allah. Selalu aku yang minum air jampi abah, kali ni abah minum air jampi aku pulak. Tapi tak menjadi gak... Abah masih muntah2. Mak kata abah memang macam ni. lepas minum air 100 nanti dia ok lah. Maka my no 4 pun diarahkan ke kedai beli air 100 plus. Kami kena bagi abah ok sikit coz kami dah plan nak ke Pasar Kemboja di Kanchong Darat. Siap buka semua tingkap sembur Febreez dan air freshner lagi.. Pesan kat my hubby tolong simpan durian yg baki tu dalam tipuware dan make sure buang segala kulit dan biji durian just to makesure that tak ada bau durian lagi dalam rumah.

Balik dari pasar kemboja dalam pukul 12 tu abah still tak okey lagi, I ask my hubby to beli ubat tahan muntah kat farmasi on his way back from fetching my no 1 dari tution. " Nak kata macamana kat pharmacist nanti?" " Alaa... explain je abah mabuk bau durian bukan makan durian..." Alhamdulillah , lepas telan pil tahan muntah tu abah nampak segar sikit dan dia boleh tidur sekejap. Kuranglah rasa bersalah aku... TAPI my eldest brother kat kampung call my sis, tanya samada abah okey tak, my sis pun explain yang abah mabuk, muntah 'cecek'. My bro dengan selambanya kata " semalam abah ikut pergi kebun masa abang ngeracun... Abah memang macam tu kalau bau racun atau asap yang berlebihan". Confirm dengan mak, mak kata " memang macam tu lah abah...Mana tahan bau pelik2 sikit" Ler.... Kiranya bukanlah bau durian aku yang jadi MAIN reason abah muntah2. LEGA..... Petang tu bila aku call my sis on her way back to Johor dia kata abah okey je . Abah siap ajak berhenti makan kat RnR lagi makan... Alhamdulillah!

Durian yang dalam tipuware yang dah beku kedegang tu aku hantar ke rumah my youngest sis di Balakong masa hantar mak ke sana untuk sessi fisio mak di HUKM on tuesday. Tapi masih adalah beberapa ulas leftover masa my sis makan malam tu. So aku buatlah serawa durian.Serawa durian ni sodap makan dengan pulut, roti sorai (roti jala) or plain roti.

Serawa Durian


Bahan2nya:

5 -6 ulasdurian (lagi banyak lagi best)

1 cawan air

2 cawan santan pekat (ganti dgn sekotak kecil santan memadai)

2 helai daun pandan

4 sudu makan gula (nak manis lebih/kurang adjustlah ye..)

secubit garam (untuk melemakkan rasa santan)

Cara2nya:

Mula-mula didihkan durian tu dengan air, setelah agak pekat dan isi durian terlerai dari biji masukkan santan, gula, daun pandan yang disimpul dan garam hingga pekat dan harum. Jangan lupa, guna api kecik aje dan kerapkali mengacaunya. Dah mendidih tu angkat dan hidang dengan roti ke, roti jala ke.. Ada pulut lemak lagi best.

Kalau tak ada santan guna susu pun boleh. Susu cair ke, susu segar ke, susu tepung bancuh ke, cuma kalau guna susu pekat manis tak yah masuk gula dan tambah lebih sikit air...

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin suka yang ini!