Salam sejahtera semua. Akhirnya mak ita yang dah obselete knowledge tentang computer dan sewaktunya ini pun telah berjaya mengatasi masalah teknikal untuk meg'upload' gambar2 semasa 'making my own cheese'. Nak buat camne, asyik memerap kat dapur je. Masa buka bakery dulu pun memerap kat dapur kedai sibuk buat roti dan kek. Sekarang dah 'pencen' ni pun memerap lagi kat dapur rumah pulak le..
Entahlah....

Okeylah gambar di atas adalah proses yang pertama. Didihkan di atas dapur susu segar kita dengan api yang agak perlahan. Api kuat boleh gak, tapi make sure sentiasa kacau, kot2 le hangit nanti dapat flavour baru pulak cheese kita. Masak sampai mendidih sikit dan tutup api. Biarkan sebentar barulah masukkan cuka/lemon juice. Biarkan selama 10 - 15 minit dan susu tadi akan tercerai dari larutannya. Macam kat bawah ni.

Gumpalan putih tu lah yang akan jadi keju kita nanti. Sementara larutan kuning tu adalah 'whey'. Siapkan penapis dalam mangkuk dan atas penapis tu letaklah kain kasa/kain tudung lama yang bersih untuk menyejatkan larutan dan gumpalan susu di atas.
Bolehlah pintal kain tu dan pulas kuat2 macam memerah kain masa zaman tak ada 'makcik jepun' yang selalu tolong basuhkan baju tu. Perah kuat2 hingga tak ada air yang keluar. Jangan buang larutan yang bertakung kat mangkuk bawah tu ye. Macam2 boleh dibuat. Please refer my posting kat Making My Own Cheese. Kat situ adalah serba sikit I nyatakan apa , kenapa etc...
Cuba rasa liquid yang ada dalam mangkuk tu, manis dan lemak kan. Tuang dalam botol dan simpan dalam peti ais. Bila2 rajin nak buat cucur udang ke, bingka ke, roti ke. gunalah liquid "whey" ini sebagai pengganti AIR. Kuih lebih sodap, khasiat lebih hebat!

Campurkan garam. Kacau rata2 ye. Tujuan garam dicampurkan ialah sebagai penambah perisa dan pengawit. Janganlah masin sangat ye. Agak2 keluar rasa lemak manis susu tu sudah lah. Kemudian pulas balik kain tadi hinggalah menghasilkan ketulan bulat seperti di bawah ni. Kalau tak puashati lagi tekan dengan pemberat untuk menuras habis liquid yang ada . Saya tindihkan pintalan kain dengan 2 kg gula , tapi selepas setengah jam tak ada titisan larutan susu yang menitik, so saya anggap dah habis airnya. Inilah keju kita. Boleh di gunakan sebagai taburan atas spaghetti, cream cheese atau makan dengan roti.


Tada.... Inilah hasil kerja keras saya selama 1/2 jam berdiri didapur malam tu. Ini ntak campur masa menuras dengan pemberat ye. Simpanlah keju kita ni dalam peti ais ye.
tq for this recipe!
ReplyDeletebesnyer ... tqvm sy mmng penggemar cheese...
ReplyDeleteAllah sj dpt mmbls jasa baik kamu..
wah saya mesti cuba buat cheese sendiri ni, 100 % halal kan
ReplyDeleteOMG!! simple giler...orait...mesti try sebab teringin sangat nak buat cheesy cake tapi xtau nak cari cheese tu yang mana satu. HEHEHE...tq sis =)
ReplyDeleteBoleh letak pada PIZZA tak homemade cheese nie..? Wah TERIMA KASIH byk2 yea atas resepi nie.. Mudah dan menjimatkan.. Bila2 masa boleh buat..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedang menunggu petua membuat mozzarella cheese pula...
ReplyDeleteade x resepi mzrella cheese
ReplyDeletekalau mls buat sendiri beli je mozarella cheese T'JA, keluaran msia dan guna rennet tumbuhan yg pasti halal ;)
ReplyDeleteCheese nie kalau nk letak atas kek boleh x? Untuk parut kan dia... Etc kek pandan leleh?
ReplyDeleteCheese nie kalau nk letak atas kek boleh x? Untuk parut kan dia... Etc kek pandan leleh?
ReplyDeletetq kongsi resepi,moga allah membalas segala jasa puan
ReplyDelete