Monday, May 9, 2011

AAN DAN MEDAL BOLASEPAKNYA



Muhammad Farhan@ Aan (dua dari kanan)




Aan memakai jersi no.1 (berdiri, dua dari kiri)



Rasanya dalam family aku ni tak ada yang kaki bola sepak. My brother aktif dgn rugby, tu yang terturun kat anak sedara dia si Atim tu. Elok lah tu, depa dua pun saiz lebih kurang jer..Posisi pun sama jadi Forward. Rasanya turun dari abah budak2 ni lah. Memanglah abah dia main untuk kolej dia masasekolah menengah dulu , lepas tu jadi coach utk junior fc masa kat oklahoma dulu. Setakat main sikit2 tu abah dia bolehlah mungkin sebsb dia concerntrate on tennis kot. So serba sikit talent dia dapat pada Aan.
Cerita pasal Aan ni, dia jadi goalkeeper, tapi setiap kali balik training dia mesti mengeluh... "Tak best lah main, Aan tak dapat tendang bola banyak. Asyik kena tunggu bola datang aje.." ????? Memanglah goolie kena tunggu bola datang! Kalau pi rebut sama bola kat tengah padang tu bukan keeper namanya... Aan... Aan..
Anyway, he is a good keeper. masa Karnival Peringakat Daerah 2 minggu lepas dia cuma boloskan 2 gol aje daripada berpuluh cubaan. Satu dari penalti semasa lawan semifinal dan satu gol lagi masa final. Tak di nafikan defender dan striker group Assalam memang bagus. Terima kasih banyak kepada Abi dan coach sorang lagi tu yang melatih budak2 ni dengan penuh kasih sayang. Tak lupa juga buat mualimah yang sentiasa mengingatkan Aan supaya terjaga dari angan dia bila bola datang.
Aan ni bila bola tak sampai kat dia , Aan akan bertukar jadi Ultraman kejap. Macam 2 aksi dia buat kat depan gawang gol dia. "Bosanlah mak..." Tapi itu yang menarik perhatian orang.. Penonton kata dia "Ultrakid". Ada juga yang panggil dia 'Taekwandokid'. Entahlah. Yang pasti ada sekali tu Aan merajuk tak mau jadi goolie. Dia buat perangai dah... Dia duduk diam dan pegang lutut. Pujuk macamana pun tak jalan, hinggalah coach yang fatherly tu benarkan Aan jadi striker untuk kali tu aje. Punyalah seronok Aan.. To my surprise, he is a good striker too.. Coach pun torn apart, nak bagi dia jadi striker, tak ada yang layak untuk ambil tempat Aan sebagai goalkeeper. Jadi teruslah Aan jadi goalkeeper... But a damn good one!
Bila dah menang peringkat daerah tu Aan and Assalam team pun mewakili Kuala Langat ke peringkat negeri. Malangnya mak dan abah tak dapat pergi menonton Aan beraksi. Khabarnya Aan performed well. Ini cerita dari ayah Taqhif striker, Cuma satu goal aje yang menyebabkan team Assalam dapat no 3. Maknanya Aan berjaya mengawal gawangnya dengan baik sekalilah ye.. Tahniah Aan. Tu pun katanya sebab tendangan Aan tak berapa kuat dan defend yang berada depan Aan tak sempat nak bawa bola ke atas dan telah dirampas oleh stiker lawan (Kapar) dengan cepat lalu menendang ke gol dengan tendangan yang agak tinggi dan tak dapat di capai oleh AAn. Maka itu lah gol yang menumpaskan Team Assalam semasa Semifinal.
Tak apalah Aan , yang penting adalah pengalaman... It is something that you cannot buy. Nak pinjam pun tak boleh.
Petang Sabtu tu, agak lewat jugak, tapi aku dah balik dari buat demonstrasi cupcake and buttercream deco di Sekolah Men Taman Tun Hussein 2, Aan dengan lemah longlai muncul di pintu rumah, "mak, Aan kalah... Aan tak dapat tangkap bola tu, tinggi sangat..." "Opppps, stop, jangan nangis.... Aan dah cuba yang terbaik kan.. Mak tak marah cuma mak minta maaf sebab mak tak dapat tengok Aan. " Tak pe, mak kerja kan...Aan tau tu. Tapi kan mak pesan jangan bagi bola masuk gol Aan." Alamak tersilap cakapke aku pagi tadi... " Mak melawak aje tu... Okey jommandi , makan nasi dan Aan boleh tidur" Ya Allah , hitam legam anak aku ni.. maunya sebulan tak hilang ni..
Murninya hati Aan tak nak hampa kan harapan mak..
"Mak ini medal Aan. Aan nak kasi kat mak, hadiah hari ibu. Aan tak ada duit nak beli hadiah." Menitik air mata aku.. Mualimah kata "mak, mak, mak 3 kali barulah abah. Aan sayang mak. Mak dah lahirkan Aan, besarkan Aan. Bawah kaki mak ada syurga kan.." Ya Allah , semoga Aan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup...

Aan bersama medal yg dimenangi

Anda Mungkin suka yang ini!