Wednesday, March 30, 2011

INTI KACANG MERAH -HOME MADE

A few days back I did promise a friend to post my "Inti Kacang Merah" here. Tapi dek kerana banyak tempahan so I lopa hinggalah semalam , tu pun kerana the current owner of my previous bakery called regarding my 'late' bakery. What to do, when I sell the bakery to them, it was really profitable. Kalau tak macamana I boleh beli all equipments cash! Dari duit keuntungan itulah yang I jimat2kan I belikan dough rounder, prover/proofer - whatever, 3 ovens, 2 chillers - 2 doors & 3 doors, freezer, working tables, all racks , display container dan macam2lah. I cuma tak ada dough sheeter je. Yang tu i guna rolling pin je. Lagipun I tak banyak buat pastry puff pun. And I start it from scratch! In fact my vannete pun guna duit tu jugak!


Even some other bakery owner di Perlis tu tak ada complete equipments macam I. Amat menyedihkan. Dengan all tenders, loyal customers, kantin2 sekolah yang memang jadi my loyal customers. In fact I still received order from them until now (of course I passed the order to them). Dimanakah silapnya? For sure I tak aniyayai mereka. May be managerial side or marketing side mereka yang silap. But, I did all the extra work hatta tak tidur 2-3 malam siapkan order. Sapa nak overtime sampai 2-3 pagi. Tuan punya kedai le. Ada ke owner bakery lain gergaji papan lapis untuk siapkan 10 plus kg cakeboard? Bukan sekali, tapi selalu. Payahle nak cari owner buat sendiri semuanya, and I do pay my self rate my first grade staff aje. Rasanya dengan 5 experienced staff yang continue serving them, they should prosper. I do admit most of cake decorations I did it my self, but my ex staff pun competent too.


I do pray that they will overcome their problem. I have no more right to dive into their problem once I received full payment from them. Rajin2 lah baca Al quran di kedai. Okey, resepi ini was given by Auntie Ah Khoon of Kedai Roti 2020. Thanks a lot . Payahlah bangsa mereka nak mewariskan resepi2 mereka kepada bangsa kita. But Auntie tak pernah kedekut ilmu, infact ajar buat kaya pia secara practikal lagi. FREE pulak tu. So atas dasar itu I pun nak share resepi ini untuk mereka yang memerlukan. Hasil nya sama macam inti kacang merah yang dah siap dijual kat bakery ingredients mart omit the preservative.


INTI KACANG MERAH AUNTIE

Bahan2nya:

1 kg Kacang merah besar - basuh bersih dan rendam sebentar

1700 - 2000g gula pasir (kadar manis ikut selera but lebih gula lebih tahan lama)

1 kg minyak masak - ikut suka cap apa pun

garam secukup rasa

Tepung gandum secukupnya

Cara2nya: 1. Rebus kacang tadi hingga mendidih dan tutupkan api, biarkan periuk bertutup selama 2-3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar, rebus lagi hingga lembut . Kisar kacang tadi hingga halus . Guna hanya air rebusan. Kalau perlu, tambah sikit aje air.

2. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. Lebih kurang macam nak buat dodol. kacau sampai mendidih dan masukkan gula. Lepas tu masukkan garam halus agak hingga terasa lemak.

3. Bila dah mendidih lagi dan agak berkilat dan sebati masukkan minyak. Yang ini perlu dikacau sampai betul minyak sebati dengan kacang tadi biarka n mendidih dan agak likat. INGAT , guna api kecik sahaja. Kalau hangit, inti kacang akan dapat flavour hangit jugak. Sentiasa kacau jangan sampai berkerak.

4. Ambil pengayak dan letakkan sedikit tepung lebih kurang setengah cawan ayak2 kan tepung atas kuali tadi sambil dikacau. Ayak sedikit demi sedikit sambil mengacau. Bila adunan/ inti kacang tadi tak melekat dengan kuali or mula melekang dari kuali tadi , maka masaklah sudah inti kacang Auntie Ah Khoon kita .

5. Bolehlah tuang masuk kedalam bekas dan sejukkan. Jangan lupa simpan dalam chiller, bukannya freezer tau.


Kalau kita buat sendiri inti ini ia kan menjimatlan 50% kos. 5 kg inti yang telah siap sekarang harganya lebih RM20. Manakala kos inti kacang sendiri cuma RM10 shj dan terjamin kebersihannya. Kalau waktu buat tu sambil berselawat dan berzikir, insyaAllah bertambah lagi keberkatannya. InsyaAllah sekiranya Allah panjangkan umur saya, akan saya posting kan Resepi Roti versi Uncle Ah Kow dan resepi pastry Puff auntie Ah Khoon nanti. Resepi ini tak ada dalam buku! Dan, please kepada yang membaca artikel2 saya ni PLEASE write some comments . I need the feedback, Thank you.

Monday, March 28, 2011

DURIAN OH DURIAN....

Last weekend my parents datang bertandang. Thanks to my sis dan in law yang tolong hantar mak dan abah. Oleh kerana di sini musim durian dahbermula maka berkobar2lah keinginan untuk menikmatinya. Few weeks back masa mak datang untuk first appointment kat HUKM musim tu baru aje start, tetapi still dapat menahan keinginan untuk menikmatinya dek kerana takut gula mak naik, padahal mak kalau nak makan pun makan pun seulas je, kami yang makan sampai tak terkira ulasnya. Actually tu masa tu anak2 tengan tak berapa sihat. Demam silih berganti. So, everytime lalu kat depan pakcik jual durian tepi jalan tu hela nafas panjang2. My number 4 mesti kata "sedapnya mak..." Dia hantu durian. Berbeza dgn my no 6, "bucuknya, bau kentut sapa ni..." No 6 tak makan durian , "tak cedaplah, gelilah lembik2 ni".. So, no 4 akan sapu bahagian no 6 ler.. .

Nak di jadikan cerita, maka dengan berkobar2 nya rasa seronok nak makan durian beramai2, siap called my youngest sis and family datang sini untuk join sekali, sanggup pi beli kat rumah pakcik durian tu. Maghrib2 merayau cari rumah Pakcik Mat Telur Masin kerana nak beli Durian... setakat ni kalau beli dari pakcik ni memang tak pernah mengecewakan. Bukan setakat dapat diskaun aje, siap dapat durian free lagi. Selalunya yang kecik comel or semalam punya. Nasib baik ada durian dari Pahang yang baru sampai... Kalau nak tunggu local punya next morning baru ada. Hantamlah, janji durian... Tapi, best! Sedap, berkrim dan baunya pergh....

Kerana bau inilah abah mabuk dan muntah2 esoknya. Kesian abah... Rasa amat bersalah sesangat coz malam tu terlupa nak keluarkan baki durian yang ada 4 biji lagi ke dapur luar. Tu bahagian my youngest sis lah tu, last minit dia tak dapat datang... Beli banyak biji gak, rasanya 11 biji, besar2 pulak tu. Kami dan anak2 makan dulu sebelum abah dan mak sampai. This is to avoid them from mengacau orang2 tua makan. Tak syok ler tunjukkan 'perangai hodoh' anak2 depan parent and in law. Abah 'ngelieng' teruk sekali. Sampai abah pucat lesi dan takut nak makan apa2. Habis segala brand minyak angin yang ada kami tenyeh kat abah. Siap korek dari handbag my sis tengok brand minyak angin apa dia simpan. Dari cap kapak, geliga, kayu putih, cap lang, vick etc... Cuma minyak cap pisau je tak disapu....he..he.. Abah tak pasal2 kena minum air garam ORS, air 100 dan yang syok sekali air jampi durianku.... Selalunya bila dah makan durian abah mesti suggest minum air masak dari lekukan pangsa kulit durian tu. Dek kerana rasa bersalah sangat aku goggle penawar mabuk durian, so aku buat le yang sepatutnya... Siap jampi air tu... Bukan jampi apa pun , baca selawat, fatihah, selawat syifa dan doa minta kesembuhan dari Allah. Selalu aku yang minum air jampi abah, kali ni abah minum air jampi aku pulak. Tapi tak menjadi gak... Abah masih muntah2. Mak kata abah memang macam ni. lepas minum air 100 nanti dia ok lah. Maka my no 4 pun diarahkan ke kedai beli air 100 plus. Kami kena bagi abah ok sikit coz kami dah plan nak ke Pasar Kemboja di Kanchong Darat. Siap buka semua tingkap sembur Febreez dan air freshner lagi.. Pesan kat my hubby tolong simpan durian yg baki tu dalam tipuware dan make sure buang segala kulit dan biji durian just to makesure that tak ada bau durian lagi dalam rumah.

Balik dari pasar kemboja dalam pukul 12 tu abah still tak okey lagi, I ask my hubby to beli ubat tahan muntah kat farmasi on his way back from fetching my no 1 dari tution. " Nak kata macamana kat pharmacist nanti?" " Alaa... explain je abah mabuk bau durian bukan makan durian..." Alhamdulillah , lepas telan pil tahan muntah tu abah nampak segar sikit dan dia boleh tidur sekejap. Kuranglah rasa bersalah aku... TAPI my eldest brother kat kampung call my sis, tanya samada abah okey tak, my sis pun explain yang abah mabuk, muntah 'cecek'. My bro dengan selambanya kata " semalam abah ikut pergi kebun masa abang ngeracun... Abah memang macam tu kalau bau racun atau asap yang berlebihan". Confirm dengan mak, mak kata " memang macam tu lah abah...Mana tahan bau pelik2 sikit" Ler.... Kiranya bukanlah bau durian aku yang jadi MAIN reason abah muntah2. LEGA..... Petang tu bila aku call my sis on her way back to Johor dia kata abah okey je . Abah siap ajak berhenti makan kat RnR lagi makan... Alhamdulillah!

Durian yang dalam tipuware yang dah beku kedegang tu aku hantar ke rumah my youngest sis di Balakong masa hantar mak ke sana untuk sessi fisio mak di HUKM on tuesday. Tapi masih adalah beberapa ulas leftover masa my sis makan malam tu. So aku buatlah serawa durian.Serawa durian ni sodap makan dengan pulut, roti sorai (roti jala) or plain roti.

Serawa Durian


Bahan2nya:

5 -6 ulasdurian (lagi banyak lagi best)

1 cawan air

2 cawan santan pekat (ganti dgn sekotak kecil santan memadai)

2 helai daun pandan

4 sudu makan gula (nak manis lebih/kurang adjustlah ye..)

secubit garam (untuk melemakkan rasa santan)

Cara2nya:

Mula-mula didihkan durian tu dengan air, setelah agak pekat dan isi durian terlerai dari biji masukkan santan, gula, daun pandan yang disimpul dan garam hingga pekat dan harum. Jangan lupa, guna api kecik aje dan kerapkali mengacaunya. Dah mendidih tu angkat dan hidang dengan roti ke, roti jala ke.. Ada pulut lemak lagi best.

Kalau tak ada santan guna susu pun boleh. Susu cair ke, susu segar ke, susu tepung bancuh ke, cuma kalau guna susu pekat manis tak yah masuk gula dan tambah lebih sikit air...

Selamat mencuba!

Saturday, March 26, 2011

CREAM CHEESE FROSTING - Guna cheese buatan sendiri!

Remember my previous posting, I posted how to make your own cheese? Today, using that cheese, saya akan tunjukkan bagaimana nak buat CREAM CHEESE FROSTING... Terliur dibuatnya. Bak kata My No 2, mak tu berbulan tak makan nasi pun tak guna... Punah diet mak dek kerana sehari dok makan cream cheese.... Anakku... Mahu ku ramas mulutmu agaknya. Memang betul apa yang dia kata, maka Isnin ni kena lah cuba2 puasa...

Okey, sebelum saya senaraikan bahan2 yang diperlukan, inginlah saya membuat pengakuan bahawa saya telah merosakkan tekstur cheese buatan saya dengan memfrozen kannya. sepatutnya chill kan sahaja, tapi hari tu dah sendat sangat peti ais ni, so saya transferlah ke bahagian atas. Itupun kerana nak menyelamatkan nangka yang dah ranum(dari kampung le..), Buah tomato yang merah mengiurkan akibat tergoda dengan warnanya semasa ke Econsave dan macam2 lah yang tak padan patut dimasukkan ke dalam peti ais. Oleh kerana itu tekstur cheese saya dah jadi sikit kasar. Tak smooth macam cream cheese yang beli kat kedai... So... untuk remedy ketidaksempurnaan itu saya telah mencampurkan 3 sudu whipping cream (yang tak di whipped lagi ye ataupun susu segar/heavy cream pun boleh)

Bahan2nya adalah:
85 gram cheese buatan sendiri/ beli punya pun tak apa (lembutkan)
3 sudu besar butter/margarine
1/2 cawan gula icing (kalau tak ada hentam pi lah dgn castor sugar)
1 sudu teh vanilla extract (saya letak lime juice sebab saya suka masam, tapi lime jus tak ada, saya guna sunquick - sedap, lemak manis masam gitu.)

Cara2nya:
Masukkan semuanya kedalam mangkuk, putar dengan speed dengan perlahan, apabila dan sebati tambah kelajuan sedikit dan terus pukul hingga nampak gebu. Jangan lupa scrape tepi2 mangkuk tu dengan spatula supaya semuanya sebati. InsyaAllah kalau cream cheese tu elok (tak spoilt macam saya punya) Cream nya halus dan SEDAP! Saya punya sedap gak, tapi agak kasar.


Sorry Chef Izzudin dan Chef Faizol, tadi beri cuba/try/test/rasa frosting yang tak menjadi. But my hubby yang tak berapa suka susu said 'SEDAP'. But not too much... Muak.
Frosting ni saya gandingkan dengan Banana Chocolate Rice Cupcake hasil tangan anak bujang saya (My No 2). Ada sapa2 berkenan dengan dengan anak Bertuah ni? Cupcake ni guna minyak masak cap pisau instead of butter. Kononnya nak kurangkan kolesterol...



Kek Cawan Pisang berCoklat Rice (hentam ajelah namanya...)

Bahan2nya:
A
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu yeh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
- Semua bahan di atas di ayak bersama.
B
1 cawan pisang berangan dilecek (tak ada pisang berangan pun boleh juga jenis lain)
1/4 cawan buttermilk/susu masam/yogurt
1 sudu teh esen vanilla
- campurkan ketiga2 bahan ni dan kacau dengan garfu hingga sebati (nanti saya ajar macamana nak buat buttermilk)

C
1/2 cawan butter/minyak masak/margarine
1 1/4 cawan gula kastor (1 cwn kalau tak suka manis)
2 biji telur (preferably size A, kalau C jadikan 3)
- satukan semua dalam mangkuk besar dan pukul hingga creamy

D
1/2 cawan chocolate rice/chocolate chips
- masukkan B ke dalam C dan pukul hingga agak sebati. Masukkan A kedalam campuran tadi sedikit demi sedikit. Kalau masuk semua boleh juga, tapi akan berterbanganlah tepung nanti. Bila dah well mixed barulah masukkan D. Putar sekejap je ye.
Jangan lupa panaskan oven dulu. 180 C sebaiknya. Tuangkan adunan dalam acuan cupcake yang telah dialas dengan cawan kertas dan bakarlah selama 15 - 20 minit sampai golden brown. Keluarkan dan sejukkkan . Bolehlah letakkan cream cheese frosting tadi. Macam ni!
Cantik kan. Puji le diri sendiri...Okey, untuk buat buttermilk tadi bahan yang diperlukan ialah setengah cawan susu segar dan 1 sudu besar jus lemon/cuka. Masukkan cuka kedalam susu dan kacau, bila nampak berketul2 tu biarkan selama 10 minit. Akan terhasillah buttermilk. Buang larutan kuning di atas, cuma ambil susu yang berketul macam susu basi tu. Kalau tak ada susu segar pun boleh guna susu tepung, cuma bancuh 2 sudu besar susu tepung dengan setengah cawan air dan masukkan sesudu besar cuka. Kalau lambat sangat nak jadi berketul, tambah sesudu lagi cuka, cuma masam sikit aje lah. nak mudah lagi, beli aje yogurt...



Pergh.... Ni makan petang2 dengan "boyfriend" best. Kena pulak ada secawan teh tawar.... Selamat mencuba.

Thursday, March 17, 2011

MAKING MY OWN CHEESE 2

Salam sejahtera semua. Akhirnya mak ita yang dah obselete knowledge tentang computer dan sewaktunya ini pun telah berjaya mengatasi masalah teknikal untuk meg'upload' gambar2 semasa 'making my own cheese'. Nak buat camne, asyik memerap kat dapur je. Masa buka bakery dulu pun memerap kat dapur kedai sibuk buat roti dan kek. Sekarang dah 'pencen' ni pun memerap lagi kat dapur rumah pulak le.. Entahlah....

Okeylah gambar di atas adalah proses yang pertama. Didihkan di atas dapur susu segar kita dengan api yang agak perlahan. Api kuat boleh gak, tapi make sure sentiasa kacau, kot2 le hangit nanti dapat flavour baru pulak cheese kita. Masak sampai mendidih sikit dan tutup api. Biarkan sebentar barulah masukkan cuka/lemon juice. Biarkan selama 10 - 15 minit dan susu tadi akan tercerai dari larutannya. Macam kat bawah ni.

Gumpalan putih tu lah yang akan jadi keju kita nanti. Sementara larutan kuning tu adalah 'whey'. Siapkan penapis dalam mangkuk dan atas penapis tu letaklah kain kasa/kain tudung lama yang bersih untuk menyejatkan larutan dan gumpalan susu di atas.

Bolehlah pintal kain tu dan pulas kuat2 macam memerah kain masa zaman tak ada 'makcik jepun' yang selalu tolong basuhkan baju tu. Perah kuat2 hingga tak ada air yang keluar. Jangan buang larutan yang bertakung kat mangkuk bawah tu ye. Macam2 boleh dibuat. Please refer my posting kat Making My Own Cheese. Kat situ adalah serba sikit I nyatakan apa , kenapa etc...

Cuba rasa liquid yang ada dalam mangkuk tu, manis dan lemak kan. Tuang dalam botol dan simpan dalam peti ais. Bila2 rajin nak buat cucur udang ke, bingka ke, roti ke. gunalah liquid "whey" ini sebagai pengganti AIR. Kuih lebih sodap, khasiat lebih hebat!

Campurkan garam. Kacau rata2 ye. Tujuan garam dicampurkan ialah sebagai penambah perisa dan pengawit. Janganlah masin sangat ye. Agak2 keluar rasa lemak manis susu tu sudah lah. Kemudian pulas balik kain tadi hinggalah menghasilkan ketulan bulat seperti di bawah ni. Kalau tak puashati lagi tekan dengan pemberat untuk menuras habis liquid yang ada . Saya tindihkan pintalan kain dengan 2 kg gula , tapi selepas setengah jam tak ada titisan larutan susu yang menitik, so saya anggap dah habis airnya. Inilah keju kita. Boleh di gunakan sebagai taburan atas spaghetti, cream cheese atau makan dengan roti.



Tada.... Inilah hasil kerja keras saya selama 1/2 jam berdiri didapur malam tu. Ini ntak campur masa menuras dengan pemberat ye. Simpanlah keju kita ni dalam peti ais ye.

TART TELUR FAVOURITE AAN...

My no 5 hantu tart telur. Pantang nampak mesti nak beli, tapi everytime aku beli dia mesti akan keluarkan statement ni.... "Kenapa diaorang tak buat besar2 macam yang mak selalu buat? Boleh makan banyak sikit kan.... Kenapa kulit dia keras tak gebu macam mak punya...Mak buka lah kedai mak balik, boleh selalu makan tart telur mak..."

Eleh, kalau mak tak buka kedai pun masih boleh makan lagi, cuma mak malas nak buat... Malas bukan kerana apa, malas nak sapu lantai coz akan bertaburanlah bahagian bawah (base) tart tu. My tart base version gebu dan selalunya aku buat dalam acuan 9' dan potong 8. Dulu2 I sell it RM1 per slice. Dulu2 lah... Kerja mudahkan. Daily I have to make 5 - 6 bekas untuk kedai dan 1 untuk rumah. It really save my time. Instead of kena bubuh base berpuluh2 bekas comel (acuan egg tart yang normal) aku cuma kena buat beberapa acuan je. macam biasalah ada yang suka, ada yang tak... Anak2 yang besar2 suka yang comel2. Anak2 yang kecil suka yang besar2... Entahlah...
Anyway today aku nak share resepi egg tart version crust rapuh (sugar crust). Pastri rapuh ni boleh gunakan untuk buat cheese tart , coconut tart dan fruit tartlet sekali, so save your time coz dengan satu jenis adunan boleh buat untuk macam-macam jenis tart.


Pastry Rapuh Manis/ Sugar Crust Pastry

Bahan2nya:
330 g mentega
170 g gula castor
1 biji telur A (kalau C, guna 1biji + 1 kuning shj)
500 g tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
1. Masukkan mentega dan gula castor, pukul sampai gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan uli agak sebati. Jangan putar lama sangat, nanti berminyak.
4. Sejukkkan adunan selama 1/2 jam dalam peti ais. Masuk dalam plastik je dan letak dalam peti ais. Sejukkan ye, bukan bekukan....
5. Doh dah sejuk, apalagi, kita terapkan doh ke acuan lah. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Tekan2 sikit bahagian lubang tengah tu.
6. Sekarang decide berapa banyak untuk tart telur, berapa banyak untuk cheese tart dan berapa banyak untuk fruit tartlet.
7. Untuk cheese tart dan tartlet, cucuk2kan lidi or garfu pada doh di acuan tadi. Tujuannya untuk buang gelembung udara. Untuk tart jenis ni , doh kena bakar dulu, cheese tart base separuh masak, tartlet pulak masak betul - jangan hangit dah le. Satu lagi yang mudah dengan base tartlet ni, bakar banyak2 boleh simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila perlu. Next posting I will share how to make cheese filling and custard cream.

Opps , sebelum terlambat, kalau rasa nak buat tart telur aje kali ini, kurangkan sukatan adunan pastry kepada separuh sahaja. Ataupun guna resepi di bawah ni. Yang ini agak sedikit gebu, sesuai untuk tart telur.


Pastry:
175 g tepung gandum
150 mentega
50 g gula kastor
50 g air sejuk/ susu segar sejuk
1 titik pewarna kuning
secubit garam

Caranya:
Ramas semua bahan kecuali air dan pewarna hingga jadi seperti serbuk. Tuangkan air sejuk/susu tadi dan pewarna dan uli lagi hingga sebati. dan kepalkan doh. Jangan uli lama sangat. Haba dari tangan kita akan mencairkan mentega dan jadi berminyak. Simpan sebentar dalam peti ais. Sekurang2nya 30 minit. Lepas 30 minit terapkan doh pada acuan tart. Jangan lupa sapu mentega/margarin pada acuan untuk memudahkan shell tart dikeluarkan.Untuk tart telur TAK perlu cucuk doh diacuan ya. Sementara tu kita siapkan kastad telurnya.
Kastad telur:
2 biji telur A (kalau C guna 3 biji)
1 sudu teh tepung kastad
100 ml susu segar
100 g gula kastor
Cara2nya:
Satukan semua bahan ini dan pukul hingga sebati. Tapiskan larutan kastad dengan penapis untuk membuang bahan asing yang tak mahu larut seperti putih telur yang berketul2. Bolehlah tuang kedalam acuan dan bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180 C. Sejukkan tart yang dah masak, keluarkan dari acuan dan makan.

Beberapa tips yang boleh dipakaiguna:
1. Kalau tak ada susu segar kat rumah, guna aje susu pekat manis. Tapi tak perlu tambah gula. Nanti manis melecis ,ada yang kencing manis. Nisbah yang boleh diguna pakai ialah 2 biji telur , setengah tin susu, 1/2 tin air (sukat guna tin susu tadi) , 1 sudu teh tepung kastad.

2. Jangan lupa sapu acuan dengan margerin/butter supaya tart tak melekat. Untuk mengeluarkan tart dari acuan gunakan lidi kecil dan cucuk dicelah2 tepi tart tu perlahan2. InsyAllah tart akan lekang elok dan mudah dikeluarkan.


Wednesday, March 16, 2011

MAKING MY OWN CHEESE!

Anak2 aku penggemar cheese aka keju. So, everytime ke supermarket wajiblah beli untuk diaorang. Depa beli cheddar or sliced cheese. Aku pulak borong mozarella untuk tempahan pizza aku. Kat Banting ni, tak banyak supermarket yang jual mozarella, setakat ni cuma TESCO dan Two Ply je yang ada. Tesco boleh beli sikit2 sesuai dengan budget, tapi Two Ply mak ai kena beli bulk, kalau sekilo tak apa, ni packaging 2kg, kali ajelah berapa jumlahnya. 250gm lebih kurang RM14. Heran juga ye kat Perlis dulu berlambak dan mudah nak cari mozarella ni. Siap ada yang potong kecik or timbang ikut berapa kita nak... Entahlah...

Maka tergeraklah hati aku untuk membuat keju sendiri. Kebetulan pulak fresh milk amat mudah nak dapatkan dan murah lagi tu... Straight dari ladang... Pesan pagi, petang mesti dah ready untuk diambil. Sebelah rumah je. So aku pun surf lah internet, cari aje kat How to.... confirm keluar macam2 cara nak buat basic cheese. Simple dan senang je. Marilah kita share macam mana nak buat.

Alatan yang perlu ada:
1.Periuk stainless steel atau enamel atau yang ada corningware tu, guna aje periuk corning tu.
2. Mangkuk kaca/plastik pun boleh.
3.Penapis
4. Kain kasa/ tudung kasa bawal yang tak mau nak pakai boleh gak guna. Pastikan bersih dan tak ada rambut melekat ye.
5. Sudip stainless steel atau sudip kayu.

Bahan2nya:
2 cawan susu segar (ini sikit je untuk first time belajar, saya buat hari tu 1.5 liter)
4 sudu teh cuka makan/jus lemon/limau nipis or kasturi boleh gak
secubit garam halus

Cara2nya:
1. Masak susu dalam periuk dan keep kacau hingga mendidih. Jangan sampai hangit or melimpah... Tutup api bila dah mendidih dan biarkan periuk di atas dapur.
2.Masukkan cuka /lemon juice tadi kedalam susu dan kacau. Kacau rata dan biarkan 5 - 10 minit. Susu tadi akan terpisah dan jadi gumpalan kecil dari larutan kekuningan jernih di panggil 'whey'. Ala , macam susu basi dalam botol tu...
3.Letakkan penapis dalam mangkuk dan kain kasa atas penapis itu. Tuangkan susu yang dah terpisah tu dan tekan2 sikit supaya air keluar. Untuk mudah lagi pulas aje kain kasa tu mcm kita perah kain masa zaman tak ada washing machine dulu2. Akan terhasillah satu gumpalan putih yang dipanggil keju.
4. Campurkan garam tadi rata2 dan gumpal sekali lagi sampai jadi bentuk bulat padat. Simpanlah dalam peti ais. Ini kita boleh gunakan untuk buat campuran kek atau cream cheese.

InsyaAllah nanti saya akan share cara2 untuk buat MOZARELLA cheese , CREAM cheese dan RICOTTA cheese. Maaf, atas sebab teknikal tak dapat up load gambar lak. Nanti saya up load bila dah settle masalah tu. Mozarella cheese ni gunakan rennet. Saya tengah order onl ine rennet yang halal dibuat dari plantbased. Kalau sesapa tau mana nak beli rennet halal kat Malaysia ni, tolonglah bagitau. Rennet ni traditionally diperbuat dari larutan yang terdapat dalam perut anak lembu/kerbau . Kalau yang buat nya tu orang Islam, mungkin le disembelih, tapi dah cheese ni bukan 'makanan kebangsaan' orang Islam so, faham2 aje lah. Maka carilah mozarella cheese yang di perbuat dgn plant based rennet.

Opps, sebelum saya lupa, larutan kuning tadi atau 'whey' tu jangan lah dibuang, simpan dan gunakan sebagai pengganti air sekiranya anda buat kek ke, bingka ke. Buat cucur pun boleh ,cuma gantikan air dengan larutan ini. Sedap dan berkhasiat. Cuba rasa, ianya agak manis dan lemak kan. Biasanya orang guna semula untuk buat Ricotta Cheese dengan mendidihkan semula air ini dan menapis particle yang terhasil nanti. Tapi untu jumlah air yang sikit ni, guna ajelah untuk buat kuih. Ianya kaya dengan protein dan mineral. Cubalah 'google' untuk cari info ini. Saya gunakan larutan ini untuk buat kuih lapis or pengganti santan. Simpan dalam peti sejuk ye.

Dari 1.5 liter susu yang saya buat tadi saya dapat 600gm keju yang bernilai lebih RM15. Saya cuma belanja RM6 untuk susu dan selebihnya guna aje yang ada kat dapur kita. Masa yang saya gunakan lebih kurang 30 minit.

KEK GULA HANGUS ATAU KEK SARANG SEMUT?

"Kenapa orang panggil kek ni kek sarang semut, mak? Ada semut duduk dalam dia ke? Mualimah kata kita tak boleh makan semut, nanti lupa... AAN tak nak lah makan kek ni..." Adooi... Mak ai... Tu lah bahananya bila anak2 terlebih pandai. " Ini kek sarang semut, bukannya ada sarang semut kat dalamnya. Cuba tengok ni, kan bersarang dalam kek ni, macam sarang semut. Orang panggil juga kek gula hangus..atau kek karamel. Cubalah rasa sikit, sedap ni." "Tak nak lah, AAN tak nak bodoh...
Tak nak tak apa, sat lagi bila dia dah rasa tak boleh berhenti pulak sampailah habis licin.
Sebut tentang kek ni , pernah lak juga sesekali buat kek ni, tapi tak cantik bersarang nya.. Mana nya nak jadi kalau buat terus bakar. Semut nak buat sarang pun take time kan....So, kek ni kalau nak cantik gebu bersarang kena peram sekurang2nya 2 jam. Tuang siap2 ke dalam acuan yang beralas kertas minyak, tutup dan biarkan sekurang2nya 2 jam. Lagi lama lagi kenyal dan berkilat. Cuma kita tak sabarlah nak menunggu..Kebetulan ada sahabat yang menempah kek ni, resepi di bawah ni untuk dua adunan tau, I sell it for RM20.00. Normally satu adunan orang jual RM12 or less. It fit acuan square 9x9 . Besau tu...
Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut
bahan2nya:
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
4 sudu besar butter/margerin/minyak
8 biji telur grade A
2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum/tepung serbaguna
4 sudu teh soda bikarbonat ( ayak bersama tepung)

Cara2nya:

1. Masak gula seeloknya dgn non stick pan hingga keperangan, masukkan air sedikit demi sedikit perlahan2. Awas! Air mungkin memercik dan menyebabkan kecederaan. Gunakan sudip kayu yang panjang sebaik2nya. Kacau hingga cair gulanya, masukkan butter. Matikan api dan biarkan suam.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Jika tak suka manis, boleh kurangkan either sukatan gula or sukatan susu pekat.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Tuangkan larutan gula hangus yang masih suam tadi kedalam adunan tepung dan kacau rata.
5. Bolehlah dituang kedalan acuan yang telah dilenser minyak/butter. Nak lapis pun boleh. Tak mahu lapis pun tak apa, cuma senang sikit nak keluarkan dari acuan kalau berlapis kertas. Ingat, tutup acuan yang berisi tadi dan letakkan ditempat yang tak diganggu selama sekurang2nya 2 jam. Lagi lama lagi bagus. tapi bila nak bakar, buanglah tutup tu.
6. Selepas 2 jam, panaskan oven dahulu ke suhu 180 C dan masukkan bancuhan kek tadi. Bakarlah selama 1 jam atau sehingga masak. Uji dengan cake tester ata lidi. Bila lidi keluar bersih, maksudnya dah masak lah tu.
7. Sejukkan kek. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidang atau dijual...

Tada.... Inilah hasilnya...
Tips yang boleh dipakai guna:
1. Kalau tak sabar nak peram adunan tu, boleh gak guna shortcut, instead of biarkan air gula hangus tu suam, panas2 mendidih lagi air tu tuang aje dalam adunan dan kacau sebati. Kemudian kita akan nampak buih2 halus dlm adunan tu. Tu maknanya soda bikarbonat sudah bertindak balas, apalagi bakar ajelah kek tu. Tapi kek tu tak lah gebu sangat or tebal naiknya. Yang penting rasanya tetap sama.
2. Butter tu kalau tak dicairkan dengan air gula, pun boleh jugak dipukul dengan susu pekat. resultnya sama aje. Tapi ada orang kata dicairkan lagi baik sebab tak berminyak di atas kek. Tang ni kena buat ujikaji...
3. Masa mengadun tu tak perlulah guna mixer pun, pakai whisker tangan or senduk pun boleh. Kalu guna mixer tak payah laju sangat. Ini bukan sponge kek...

Tuesday, March 15, 2011

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS GEBU....


Awal2 pagi tadi my no 3 beritahu yang dia nak kena pegi reunion kat Pantai Morib Baru. "Mak, I've to bring something, mak buat pizza boleh?" Erk... Pizza? "What time is your reunion?" "Now!" Nak pergi reunion sekarang and nak kena buat pizza sekarang? Even if I have ready made base pun I tak sempat buat. Mana nak thaw topping yang beku keras dlm freezer tu, even my homemade pizza sauce pun keras kedegang lagi. Normally I made a few balang pizza sauce so that I boleh siapkan any order secepat yang mungkin. My homemade sauce are made from scratch and it takes quite sometime to prepare it. So, the best option in this very limited time is...muffin, as it is simple and easy. The taste is great too...So, I am presenting my favourite chocolate chips muffin....Jeng! Jeng!


Chocolate Chips Muffin
Bahan2:
2 cawan tepung serbaguna
(tepung biasa dlm paket tu, cap apa pun tak apa, if guna tepung naik sendiri omit baking powder ye..)
1 cawan gula putih
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu segar (kalau guna susu tepung - 2 sudu makan + secawan air, extra susu tepung pun tak apa , lagi sedap)
1/2 cawan minyak ( I use either corn oil or minyak cap pisau, butter yang dicairkan lagi sodap)
2 biji telur besar (kalau size c tambah sebiji lagi)
1 sudu teh esen vanilla/ choc emulco/mocha paste ( ikut suka )
1 cawan chocolate chip ( tak ada choc chip ganti je dgn potongan choc bar or choc rice)
2 sudu teh gula putih kasar + 2 sudu teh brown sugar untuk ditabur on the top of bancuhan dlm cup nanti - tak bubuh pun tak apa , boleh ganti dgn choc chip instead.
Cara2:
Masukkan semua bahan except choc chips dan kacau rata sampai sebati. Guna mixer pun boleh guna whisker boleh, guna senduk kayu aje pun boleh. Bila dah sebati masukkan choc chips dan gaul. Masukkan batter tadi ke dalam muffin cup. Taburkan sedikit campuran gula tadi on the top of the batter. Bolehlah bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu lebih kurang 15 - 20 minutes, depending on the size of the cup. Bila muffin dah naik dengan gebu dan sedikit perang di atas nya, Insya allah dah masak lah tu.
Mudah aje kan. I used to prepare it at night so the next morning tak payah kalut2 buat breakfast. Normally my no 2 akan tapau ke sekolah and boasted to his friend that he made the muffin. Memang le dia tolong tapi tolong bancuh je....








My Pizza Malaysiana








Pilihan topping:

1. Ayam kisar, Tuna & Nenas

2. Daging kisar, Cili Benggala & Jeruk Buah Zaitun

3. Ayam Tandoori & Cendawan Butang (favourites)

4. Tuna, Filamen Ketam, Udang & Nenas

5. Pepperoni Ayam/Daging & Sosej Lada Hitam

6. Half-half – gabungan 2 topping pilihan

Harga: Besar 12’x12’ RM 20

Kecil 9’x 9’ RM 13

Extra Cheese - tambah RM 3

Untuk Tempahan :
Hubungi 013 – 4896096 (Kak Ita – MAYAbakery)
Atau SMS nama, lokasi, tarikh tempahan , kuantiti, pilihan topping.
(Sila buat tempahan sekurang2nya sehari sebelum penghantaran)

Penghantaran percuma sekitar Kathong, Taman Banting Baru, Kampung Bandar dan sekitarnya.



Juga menerima tempahan pelbagai jenis roti, kek harijadi, pelbagai jenis kek lain, fruit tartlet, egg tart, muffin dan cup cakes.


* menggunakan homemade sos dan bahan-bahan terpilih dan halal. Keju mozzarella dari rennet tumbuh2an.


SEBULAN SELEPAS ITU.....

12 Mac yang lalu genaplah sebulan aku puasa makan nasi. So, I went to the nearest clinic untuk buat cholesterol check up plus timbang berat. My cholesterol level has reduce to safe level - less than 5.9 off course. Berapa ? Reduce sikit aje but consider normal. 5 je. But my weight turun sikit sangat juga, tapi okeylah dengan tak exercise langsung ni... Adale jugak sesekali gi exercise tapi berenang atas katil je... hi! hi!. I manage to shed 3 kg... So sekarang ni my weight is 72kg.. Masih berat sesangat tu. I still have to buang another 14 kg, which is sama berat dengan Ecah. Kalau sedekah berat tu kat Ecah for sure Ecah dah tak comel monel lagi. Jadi Ecah tembom lah pulak... Bayangkan...

Macam mana nak turun banyak kalau every time ada order pizza dari customer aku buat extra satu pan untuk anak2, tapi maknya pun tumpang sekaki. Sebut pasal pizza ni I do take orders untuk sekitar Banting ni. But free delivery hanya untuk sekitar Mukim Jugra je. I will paste my phamplet nanti kot lah ada yang teringin nak merasa my Pizza Malaysiana.

Anda Mungkin suka yang ini!