Thursday, April 28, 2011

KELAS MENGHIAS KEK ANAK PATUNG - menggunakan buttercream





Saja nak share gambar2 sewaktu kelas mendeco anak patung pada hujung minggu lepas (24 April). Nak kata decorating barbie doll, kami tak guna barbie doll pun, tapi anak patung plastik berharga RM3.00 sahaja. Errr, kalau nak guna barbie doll ori punya mahu ketaq tangan nak bayar harga anak patung tu kot. Saya beli 30 anak patung untuk kelas tu..
It was a nice class, everybody cooperating very well, or can I say they are looking forward nak belajar, especially yang ada anak perempuan tu.. Almaklumlah kalau nak beli at least RM30 juga terbang. Kalau buat sendiri RM10 je dah cukup. Bukan susah pun nak buat yang penting SABAR... So, keputusan di tangan sendiri..


Yang di atas ni hasil tangan cikgu lah....



Yang ni pulak hasil tangan anak murid...



Sebahagian peserta yang mengikuti kelas pada 24 April lepas..




Di atas ini adalah antara hasil2 kerja tangan peserta hari itu. Perlu di ingat, mereka cuma attend class untuk beberapa jam sahaja ye... Ini sudah kira terbaik!

Tuesday, April 26, 2011

KEK MENTEGA

Untuk mendapatkan kek mentega yang benar2 enak gunakan mentega asli bukan nya lepa susu. Mentega asli terdiri dari jenama seperti SCS, Golden Churn, Fern dan harganya sedikit mahal dari lepa susu seperti Buttercup, Farmcow, Butterblend. Mentega asli juga terdiri dari 2 jenis iaitu bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted). Bagi yang berniaga anda boleh mencampurkan mentega asli dengan margerin dengan kadaran 50-50 bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan berpadanan dengan harga jualan.

Kek Mentega

Bahan A


  • 250 g mentega

  • 100 g margarin

  • 260 g tepung paling halus (superfine flour) - boleh guna tepung biasa jika tiada sff

  • 3 g baking powder (1/ sudu teh)

Bahan B



  • 220 g gula kastor

  • 2 g garam (secubit)

Bahan C



  • 300 g telur (5 biji telur Gred A)

Cara-caranya:



  1. Tuangkan A kedalam mangkuk pemutar pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan ringan.

  2. Masukkan bahan B dan pukul sebati.

  3. Tambahkan C secara perlahan-lahan dan teruskan memukul hingga adunan sebati.

  4. Tuangkan adunan kedalam acuan 10" yang telah dilenser dan dialas. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak.

  5. Sejukkan kek dan keluarkan dari acuan.

Tip yang boleh dipakai guna:



  1. Anda boleh menambah perisa dan perwarna kedalam adunan.

  2. Sekiranya anda membakar di dalam beberapa acuan kecil, pastkan berat adunan sama setiap acuan supaya saiz kek sama.

  3. Kurangkan masa membakar sekiranya anda menggunakan acuan kecil. Uji dengan lidi pencucuk untuk memastikan kek masak atau belum.

KEK CHIFFON

Kek Chiffon

Bahan A


  • 150 g tepung paling halus (superfine flour)

  • 2 g baking powder

  • 80 g gula kastor

  • 1 g garam halus (1/4 sudu teh/secubit)

  • 10 g susu tepung

Bahan B



  • 60 g minyak masak/jagung mentega cair

  • 75 g kuning telur/4 biji kuning

  • 50 g air

Bahan C



  • 150 g telur putih (dari 4 biji telur)

  • 100 g gula kastor

  • 1 g cream of tartar (1/4 sudu teh)

Cara-caranya:



  1. Ayak bahan A kecuali gula kastor . Tuangkan bahan A kedalam mangkuk . Masukkan bahan B dan kacau dengan pemukul tangan untuk mendapatkan adunan yang sebati.

  2. Masukkan putih telur dari bahan C ke dalam mangkuk pemutar dan da pukul dengan laju sehingga kembangdan kental (soft peak muncul). Masukkan bahan C yang lain dan terus pukul sehingga betul kembang.

  3. Perlahan-lahan masukkan putih telur yang telah kental tadi ke dalam adunan 1. Kacau sehingga sebati.

  4. Tuangkan adunan kedalam acuan 9" yang telah di alas dan bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C.

  5. Setelah masak , keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan di atas redai kek untuk mengelakkan tengahnya tenggelam sehingga sejuk.Keluarkan kek dari acuan.

Tip-tip yang boleh digunakan:



  1. Perisa dan pewarna boleh ditambahkan semasa proses 1.

  2. Berhati2 kerana kek chiffon amat lembut dan mudah tenggelam.

  3. Pastikan mangkuk pemutar bersih dan kering sebelum memutar putih telur.

BASIC SPONGE CAKE

I was requested by my students during kemahiran 1 Malaysia class to post the basic recipe of Sponge Cake. I have been using a ready bake sponge cake during the decoration class, as to shorten the preparation time. As a result, they knew how to decorate but not to bake the sponge cake.

Sponge Cake - menggunakan tepung sponge mix

Bahan A:
300 g tepung sponge mix
60 g air
300 g telur - 5 biji telur gred A

Bahan B
60 gram minyak jagung/minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen kegemaran - vanilla/pandan/orange/strawberry
sedikit warna kegemaran - yang menepati esen yang digunakan
(hijau-pandan, pink/strawberry, oren-limau)

Cara-cara:


  • Masukkan bahan A ke dalam mangkuk pemutar dan pukul sehingga ringan dan kembang.(lebih kurang 9 minit- bergantung kepada jenis mesin pemutar)


  • Masukkan B dan kacau sehingga sebati. Boleh gunakan pemutar atau spatula.


  • Tuangkan adunan ke dalam acuan saiz 9" yang telah di lenser dan dilapik dengan kertas minyak.


  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit atau sehingga masak - uji dengan lidi dan lidi keluar bersih jika kek telah masak.


  • Terbalikkan kek di atas redai kek untuk mengelakkan tengahnya tenggelam.Setelah agak sejuk, (10 minit) keluarkan dari acuan. Kek sedia untuk di hias.


Kek Span - tradisional


Bahan A




  • 4 biji telur


  • 200 gram gula kastor


  • 3 gram (secubit garam)


  • 10 gram emulsifier/ovallette

Bahan B



  • 130 gram tepung kek/gandum biasa

Bahan C



  • 1 sudu teh esen vanilla

  • 30 ml/gm susu cair

Bahan D



  • 30 ml/gm mentega dicairkan/minyak masak/minyak jagung

Cara-caranya:



  1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk pemutar dan putar sehingga naik dan kembang.

  2. Campurkan bahan B sedikit demi sedikit.

  3. Tambahkan bahan C perlahan-lahan dan kacau sehingga sekata/sebati.

  4. Masukkan bahan D dan gaul sebati.

  5. Tuangkan adunan kedalam acuan 9" yang telah di lenser dan dilapik kertas minyak.

  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30-35 minit.

  7. Setelah masak, telangkupkan kek ke atas redai selama 5-10 minit untuk menggelakkan tengahnya tenggelam. Keluarkan kek dari acuan.

Beberapa tip yang boleh digunakan.



  1. Adunan span tradisional boleh ditambah dengan 2 kuning telur untuk melembutkan lagi kek.

  2. Pewarna yang digunakan mestilah bersesuian dengan perisa/esen pilihan - coklat/kopi, pink/strawberry, hijau/pandan

  3. Jika menggunakan sponge mix coklat, tidak perlu di tambah pewarna. Boleh ditambah coklat emulco untuk menambah perisa.

Biasanya kek span digunakan sebagai asas membuat kek Blueberry, Blackforest, Pandan Layer. Selamat mencuba.

Monday, April 25, 2011

Bengkang Pandan/Bingka Pandan

Resepi bengkang ni Mak Atiqah yang beri. Tq Kak Mah... Kak Mah ni memang rajin beri kueh2 hasil tangannya kat saya. Kak Mah ni pun baik sangat, dah macam adik beradik sendiri. Kalau musim buah forsure banyaklah cempedak dan pisang2 yang imported from Kedah dihantar ke rumah. Semoga Allah balas kebaikan Kak Mah.
Kak Mah ada buat frozen karipap tau. Gerenti sedap punya. Saya adalah pelanggan tetapnya. Saya agak cerewet bab rasa ni. So Kak Mah punya memang menepati citarasa saya. Promote ni.... Kalau berminat boleh lah call saya, InsyaAllah akan saya sampaikan pada Kak Mah. Kak Mah tinggal di Banting juga. Kak Mah buat 3 perasa dan gunakan ubi kentang. Senarai karipap Kak Mah adalah....jeng jeng, daging blackpepper, ayam blackpepper, dan kari ikan bilis.
Call saya di 013 4881786 kalau nak tempah ye.. RM4.00 untuk sepuluh biji.
Okeh, ini resepi bengkang pandan Kak Mah..

bahan-bahannya:
6 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula (kurangkan jika tidak suka manis)
2 cawan santan pekat
1/3 cawan minyak sayuran
1/4 cawan air pandan (boleh guna pandan paste dan campur air)
sedikit bijan /almond nib untuk taburan.


Cara-caranya:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
Masukkan santan dan minyak masak kedalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Tuang adunan kedalam acuan dan taburi dengan bijan atau almond nib. Bakar sehingga masak dan kekuningan.
Resepi ini biasanya digunapakai oleh orang2 utara di mana mereka menggunakan banyak telur dan sedikit tepung. Hasilnya bengkang (utara) lembut dan berlemak enak. Bagi orang selatan pula jumlah tepung yang digunakan lebih banyak menjadikan bingka (selatan) agak kental sedikit . Saya lebih menggemari versi utara kerana ianya seperti cair di dalam mulut apabila di makan.
Di selatan juga mereka membakarnya dalam acuan pecah lapan (acuan bahulu kemboja),berbanding di utara ia dibakar dalan loyang dan di potong serong ketika menghidang.

Thursday, April 21, 2011

PINDAH LAGI?????

Rasanya baru setahun 3 bulan aku menetap kat sini, dah nak kena pindah lagi.... Waaaa , kotak2 yang bertimbun kat dalam stor tu pun banyak yang aku tak buka lagi... Ya Allah harap2 tak jadi lah hendaknya.... Letih oii pindah randah ni. Lain ler upah forwarder, depa kemas dan hantar..

Semuanya bermula bila my hubby balik dari office petang semalam.
" Management dah kena re shuffle.. My senior ramai yang kena pindah. Depa kata 'task force' pun mungkin kena pindah jugak.." Pindah... Mak oiii... "Kalau kena pindah boleh choose tak?"
" Kemungkinan besar akan dihantar balik ke tempat asal lah " What?????" Aku dah jual bakery aku, sampaikan acuan sebutir pun aku tak ambil - kira aku keluar sehelai sepinggang le... Ni nak balik sana semula. Mau putih biji mata aku nengok hasil titik peluh aku selama ini ada di tangan orang lain... La ni yang tinggal semangga (semata2) van roti ni... Tu pun aku dah berkira2 nak jual... Dah alang2 tak hantar roti merata lagi baik aku beli Hyundai Sonata ke, Hyundai Starex ke...

Malam ni kena buat sembahyang hajat nih... Kalau nakkena pindah lah jejugak biarlah ke Labuan terus... Boleh aku belajar buat Kek Lapis Sarawak pulak. Kurang2 ada Kak Ida kat sana. KakIda ni member kamcing masa kat Perlis dulu. Husband dia pun kena tukar ke Labuan jugak - tapi naik pangkat lah. Anak2 dia dengan anak2 akumemang kamceng. Depa orang beriman... Anak2 pun baguih2 belaka.

Baru lah 2-3 hari lepas aku pergi Pejabat MaRA daerah nak tanya rate sewa bangunan depa kat BB. Ada plan baik lah tu, sambil tu cuba tanya cara-cara nak cari modal. Kali ini terpaksa ambil loan , malas nak korek duit sendiri macam dulu. Lagipun duit banyak sangat dah keluar sejak duduk sini. Lebihan jual bakery dulu dah aku belikan unitrust. Sayang pulak nak cairkan...Sampaikan kekadang anak2 kata 'kesian mak , dah tak ada duit'. Maklumlah dulu hasil jualan setiap hari ada dalam handbag. Kena pulak bila koop2 atau kantin sekolah bayar weekly or monthly guna duit seringgit... Banyak tu... Nak syok lagi kalau Makcik kantin kilang simen bayar untuk 4 tempat yang dia minta aku supply. Makcik ni bayar monthly, siap masukkan dalam plastik sampah hitam... Kalau dah sampai dekat sepuluh ribu bayar dengan duit seringgit, bayangkan...

Anak2 pun faham....Nasib baiklah setakat ni rezeki aku tak pernah putus lagi, setiap hari ada saja order yang datang.. Cuma tak banyak macam dulu, tapi tetap rezeki kan. Sekarang ni aku bergantung pada hubby aku dan duit kelapa sawit aku. Tu pun selalunya aku simpan terus duit kelapa sawit tu, kalau tak tak ada simpanan lah aku.. Beli lah SSP ke, ASB ke. Last week tukar dividen SSP , masyaAllah, sikit nye rate dia 0.75 percent je. Ingatkan boleh dapat ribu roban macam dividen ASB dan Tabung Haji, ropa2nya hancus... Perasan nak kena jual balik dan beli emas je. Kerani kaunter tu kata ( dengan nada lembut) " we concentrate more on cabutan bertuah..." Malangnya tuah aku dah lari ke Madagascar...
Ya Allah, semoga my hubby tak kena pindah lagi, paling2 pun tunggulah year end . Kesian anak2, kebetulan sejak pindah sini anak2 aktif sungguh participate dalam aktiviti sekolah. No 1 yang a bit reserved pun kerap wakili sekolah ke pertandingan syarahan, forum, sukan. Tu belum jawatan kat sekolah lagi, pengerusi lah, ajk lah , meja lah.... My no 2 memang aktif sukan - sukan orang badan besar le. Recently ke MSSS untuk baling bola besi dan lempar cakera. walaupun tak dapat pingat still top 8. Next week mula lah dia sibuk dengan Rugby MSSS nya. No 3 walaupun gila online games still manage juga participate untuk sekolah. Sekarang dia dan no 2 & 4 sibuk practice poomsea. Nak grading utk blackbelt taekwando. Tapi kalau kena pindah gak, aku tinggal dulu lah kat sini dengan anak sampai year end. Alhamdulillah no 4 pun aktif wakili sekolah untuk bola baling dan bola jaring. Sambil tu dia wakil pidato sekolah agama , siap bersyair dan berpantun tu... AAN pun wakili sekolah dalam acara Football. Dah beli but bolapun... Mana boleh kalah dengan No 2. Apa abang ada, diapun nak jugak. No 6 aje yang selalu merengek, "mak, jom kita balik Kedah... Kawan acah ramai kat sana". Dulu dia aku hantar nursery, so ramailah kawan.. Sekarang duduk rumah dengan mak aje. Larat nak main 'dolidoli' tiap hari..

Pindah jangan tak pindah, kat tempat isteri di sebelah suami...( ke di belakang? hentam sajalah!). Sembahyang hajat... Jangan lupa!

Monday, April 18, 2011

PETITS FOURS vs RE-UNION

After 25 years since 1986, I am going to meet my college-mates! So exciting and I am really excited to meet my long lost friends, dormmates, homeroommates, roommates, clssmates, old flames etc..
Errrr, rerasanya kalau jumpa old flames tu still ada 'chemistry' lagi tak yek... Ini yang nak kena buat ujkaji ni.. Aku pulak jenis yang stick to one, maka ada sorang aje le yang aku 'seriously involved' tu. Yang lain2 tu cuma admire2 je. Tapi nak buat camne dah jodoh tak menyebelahi kami, akhirnya kami terpisah begitu sahaja. Sebab musabab memang banyak tapi cinta antara dua darjat ni memang dari dulu tak berapa 'cerah' masa depannya... Kalau tak kawin lagi adik beradik sepupu sepapat dah mula takut-takutkan aku, off course takutlah aku! Tu yang cabut... Pandai2lah create reason nak cabut tu ye... Pedih, sedih, keciwa semua ada.. Lama jugak nak bangkit semula tu.. Amat sedih dan memedihkan coz terlalu banyakpengorbanan yang aku lakukan. Sepatutnya aku pi USA, tapi aku beralah masuk Uitm je, ambik course yang lebih kurang sama , kot lah nanti boleh sesama jadi partners. Akhirnya aku yang merana..
Alhamdulillah datang 'my saviour' yang menerima aku seadanya aku... Tak perlu mengubah atau menegah. Walaupun kami tak kaya raya, tapi kami amat bahagia... Alhamdulillah! So, nak pi re union ni ingat nak bawa sikit buah tangan le... Cecadangnya nak bawa Red Velvet cup cake dan petits fours. Sebut tentang Petits Fours ni, rasanya taklah awesome sangat, tapi 'kecomelannya' tu yang membuat aku syok sangat membuatnya. Nak upload gambar sendiri punya tak ada dalam simpanan lak. Selalu tu buat2 terus hantar kat customer je. Lupa nak snap gambar pun . So, aku upload je gambar orang lain punya. Seropa je rupanya...




Comel kan....

Sekarang aku nak share resepinya pulak, ni aku ambil dari Buku Resepi Chef Anuar.




Petits Fours


Bahan-bahannya:



  • 3biji telur Gred B

  • 2 biji kuning telur Gred B

  • 100 gram gula kastor

  • 80 gram tepung gandum

  • 20 gram serbuk badam

  • 1/2 sudu teh ovalette

  • 1 camca besar susu tepung

  • 1/2 sudu teh esen badam

  • 50 gram mentega cair

Kaedah penyediaan:



  • Campurkan kuning telur,gula, tepung gandum,serbuk badam,ovalette, susu tepung dan esen badam.Putar dengan kelajuan tinggi sampai kembang.

  • Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair dan kacau rata.

  • Masukkan adunan sehingga tinggi 1.5 cm dalam dulang pembakar 12"x12" yang telah di lengser dan di alas kertas minyak.

  • Bakar pada suhu 190 C selama 10- 15 minit. Sejukkan setelah kek masak.

  • Potong mengikut bentuk yang disukai sepeti bentuk bulat atau segi empat.

  • Susun atas redai dan siramkan icing, biarkan sejuk dan icing mengeras sebelum dihias.

  • Jika tidak sukakan icing boleh juga disalut dengan coklat cair.

ICING


Bahan-bahannya:



  • 2 lbs gula icing

  • 1/4 cup mentega cair

  • 1 cawan light cream/susu segar

  • 1 sudu teh pes badam atau pes kesukaan anda ( strawberry, toffee, lemon, etc)

  • pewarna yang anda gemari - biasanya warna pastel

Kaedah penyediaan:



  • Masukkan semua bahan kedalam 'double boiler' dan cairkan hingga agak pekat.

  • Tuangkan ke atas potongan kek yang telah disusun atas redai kek. Sapu bahagian tepi kek untuk mendapatkan sapuan yang rata dan licin. Ulangi siraman untuk mendapat hasil yang baik.

  • Lebihan icing di bahagian bawah redai (alas dengan kertas minyak atau dulang). Lebihan icing boleh digunasemula dengan mencairkannya didalam 'double boiler'.

  • Hiaskan dengan warna2 yang berlainan.
Selamat mencuba!

Monday, April 11, 2011

Baking & Deco Class - Red Velvet & Black Forest Cake

I HAVE MY LIFE BACK!!!!!!

After hibernating for more than a year since I moved here, at last I get my first job here. All this while I am a Chefmom cum Supirmom, but I still do accept little orders from mostly my loyal customers. Thanks to cikgi2 of SKJ & SMKJ, residents of BB & KMS and my kids for the promos. With this goodwill I survived throughout 2010.

Tak rugi when I started attending classes at KKKL most of my weekend earlier this year. Saja suka2 eventhough I have been in Baking Industry for about 9 years. Just to refresh my talent dan ingatan after I sold my bakery in Arau and moved here. After all I pun bukannya ada formal education in baking ni, all my knowledge is through experience and a few short course I attended before je. My my Accounting and Management knowledge do a lot of wonder in this industry. That is why I survive despite all the masalah dan dugaan yang melanda.

Well, my first class last saturday was on baking Red Velvet Cake and decorating Black Forest Cake. My class participants were from BAKIP. They are all very well behaved and do have talents too. May be they are used to attend cooking class at their quarters. And I was inform that they do have cooking classes every Tuesday. Wah! I need to take note on this, I have 4 girls and I might recommend them to marry the law enforcer...

Red Velvet Cake


Bahan-bahannya:

250 gram tepung

1/2 sudu teh garam

20 gram serbuk koko

113 gram mentega tanpa garam (jika guna mentega biasa tak perlu tambah garam)

300 gram gula kastor

2 biji telur (gred A)

1 sudu teh esen vanilla

240 ml buttermilk (245 gram) – lihat resepi dibawah

3 sudu besar pewarna merah – kurangkan jika tak suka merah sangat

1 sudu teh cuka putih

1 sudu teh soda bikarbonat

Kaedah Penyediaan:

1.Panaskan oven 175 C dan letakkan rak di bahagian tengah oven.

2.Lenserkan dengan butter tin pembakar dan alas dengan kertas minyak.

3.Ayak tepung, serbuk koko dan garam (jika menggunakan mentega tanpa garam). Ketepikan.

4.Pukul mentega sehingga kembang (1-2 minit).

5.Campurkan gula dan pukul lagi sehingga ringan dan kembang.

6.Masukkan telur satu persatu.

7.Tuangkan esen vanilla dan gaul hingga sebati..

8.Di dalam bekas yang lain campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk dan kacau sebati.

9.Campurkan tepung dan buttermilk berselangseli dengan kelajuan rendah kedalam adunan mentega. (Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung).

10.Didalam bekas kecil campurkan cuka dan soda bikarbonat.

11.Biarkan larutan berbuih dan dengan cepat gaulkan ke dalam adunan tadi.

12.Tuangkan ke dalan acuan dan ratakan bahagian atas dengan spatula.

13.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 20-25 minit atau sehingga lidi dicucukkan ke dalam kek keluar bersih.

14.Sejukkan kek selama 10 minit sebelum diterbalikkan aras rak dawai.

15.Seeloknya sejukkan kek selama 1 jam sebelum di salut dengan krim.

16.Potong dua lapisan kek untuk disapu dengan krim.

Resepi Buttermilk

Campurkan 1 sudu besar cuka putih atau cuka buah atau jus limau ke dalam satu cawan susu segar. (240 ml/245 gram).

Biarkan selama 10 minit sebelum di gunakan.

Susu akan bertukar menjadi larutan yang pekat seperti yogurt/susu masam.


Krim Butter Red Velvet (original)

Bahan-bahan:

25 gram tepung

245 gram/240 ml susu segar

200 gram gula kastor

1 sudu teh esen vanila

225 gram butter


Kaedah Penyediaan:

1. Pukul tepung dan susu segar hingga sebati. Pastikan tidak berketul.

2. Masak dengan api perlahan. Kacau larutan sehingga likat seperti gam. Sejukkan.

3. Campurkan butter, esen vanilla dan gula ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga kembang.

4. Tuangkan tepung yang telah dimasak sesudu demi sesudu dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang. Sapukan pada kek.

5. Hiasi dengan gula berwarna atau candy kelapa.


* I prefer to add 1 tsp of lemon paste or sunquick oren to enhance the flavour. It do taste like a cream cheese omit the smell...

* krim untuk sapuan boleh juga digantikan dengan Krim Keju.


Krim Keju Bahan-bahan:

250ml whipping cream

200ml cream cheese

1/2 cup gula icing (110 g)

Campurkan semuanya ke dalam mangkuk dan pukul sehingga ‘soft peak’ muncul.


Cara-cara menyapu krim:

1.Potong kek kepada tiga bahagian dengan pisau pemotong.

2.Sapukan krim pada lapisan pertama dan ratakan.

3.Terus ulangi hingga ketiga-tiga lapisan.

4.Ratakan krim keseluruhan kek. Hias mengikut kesukaan anda.



Beberapa kek red velvet hasil karya peserta kelas sabtu lepas.


Me, with one of the group - group yang sporting albeit kek mereka hangit!


MENGHIAS KEK – BLACKFOREST CAKE

Bahan-bahan yang diperlukan:

600 gram non-dairy fresh cream

300 gram dark pitted cherry

Chocolate flake Chocolate rice

Strawberry/maraschino cherry

Papan pengalas kek Sponge cake perisa coklat

Pisau pemotong

Cake comb/Scraper/Spatula

Pipping bag

Nozel – star

Turn table


Cara-caranya:

1.Sediakan whipping krim mengikut arahan di kotak.

2.Pukul sehingga ada ‘soft peak’.

3.Potong kek kepada 3 lapisan.

4.Letakkan lapisan teratas di atas pengalas kek.

5.Diatas lapisan pertama , sapukan sirap ceri hitam dan lapisi dengan krim – ratakan.

6.Susun ceri hitam dan letakkan lapisan ke dua kek.

7.Ulang proses tadi hingga lapisan ke tiga.

8.Ratakan krim dipermukaan kek atas sekali dan tepi dengan cake comb.

9.Taburi coklat rice di bahagian tepi dan hias bahagian atas dengan ceri maraschino dan parutan coklat.

10.Sejukkan kek sebelum di hidang.


Antara hasilnya - tada!


Next class will be decorating barbie doll cake and baking marble chocolate cheese brownies.

Sunday, April 3, 2011

BASIC SWEET DOUGH - UNTUK SEMUA JENIS BUN MANIS

Maka saya perturunkan di sini resepi warisan Auntie Ah Khoon yang selama ini saya gunapakai untuk membuat sweet bun di 'my late bakery'.

Basic soft dough – resepi dari Auntie Ah Khoon

4600 g tepung high protein

800 g gula

50 g garam

50 g bread improver

50 g bread softener

1 tin susu pekat manis

200 g susu tepung 100 g

yeast kering 250 g majerin

250 g lemak sayuran

10 biji telur 2000 ml air


Kaedah:

Masukkan air, gula, telur dan yeast dahulu. Putar perlahan. Masukkan tepung bercampur garam, dan bahan-bahan lain sekali kedalam mangkuk,. Putar perlahan selama 20 minit atau sehingga sebati adunan dan tak melekat pada dinding mangkuk. Rehatkan sebentar selama 15 minit. Putar lagi selama 10 minit sehingga doh menjadi elastic. Cuba ambil sedikit doh dan tarik nipis perlahan2. Jika tidak koyak dengan mudah maka ia telah sedia untuk di guna. Keluarkan doh dari mangkuk ke atas working table yang telah di lenser dengan margarine dan ditaburi tepung. Bolehlah mula menimbang mengikut berat yang diperlukan. Simple bun – 60 gram.


Tips yang boleh di gunapakai:

1. Air tu sebaiknya guna air ais - tapi lama jugak nak tunggu doh naik. Saya yang suka cepat ni guna air biasa je. Kalau nak lagi cepat, kotlah terlupa ada order dan nak urgent, saya guna air suam.

2. Roti arab pun saya guna resepi ini , cuma saya KURANGKAN gula kepada 400 gram dan susu pekat tak payah bubuh.

3. Avoid direct contact antara yis dan garam. Diaorang ni musuh ketat. So, campurkan dan gaulkan garam kedalam tepung dahulu, barulah masukkan yis.


Selamat mencuba!

Friday, April 1, 2011

GRISSINI BREADSTICK - VERSI MELAYU

Pernah makan Grissini Breadstick? Grissini stick ni roti jejari keras, rapuh dan berperisa herba. Kalau makan sambil bersembang memang ralit. Sedar tak sedar habis sebalang. Anyway, kalau boleh cicah dengan 'bechamel sos' atau dipping sauce memang 'kow'! But I prefer cicah dengan my pizza sauce. So, diperturunkan di bawah ni Grissini stick versi Melayu yang diperturunkan oleh one of my ex-staff of 'my late bakery' , ex pelajar Kolej Komuniti Arau. He is very expert dalam bab roti2 'Mat Saleh' ni since dia pernah bekerja dengan 'Chef Mat Salleh'.

Grissini Stick


Bahan2nya:

400 gm tepung semolina - mak saya panggil tepung suji

1600 gm tepung roti (high protein)

30 gm garam

90 gm yeast

200 gm olive oil- saya ganti dengan minyak jagung /kacang/carotino/minyak peket pun boleh

60 gm butter /margarine

700 gm air

Untuk penambah perisa, tambahkan mixed herb atau serbuk cili kering atau serbuk kari (tak kisahlah ayam ke daging) setelah sebati diuli.


Cara2nya:


Campurkan garam dan tepung dulu pada kelajuan rendah sekejap. Lepas tu masuk bahan2 yang lain dan putar dengan kelajuan perlahan selama 2 min. Seterus nya laju 7 min. Rehatkan sebentar. Putar lagi sambil menambahkan rempah2 yang anda pilih.


Setelah doh licin boleh keluarkan dari mangkuk dan buatlah ketulan2 kecil. Roll doh tadi hingga menjadi bentuk silinder. Size ikut suka kita. Saya suka saiz pencil, ada yang suka saiz baguatte. Ada satu cara lagi. Nipiskan doh dengan kayu penggelek (rolling pin) Lepas tu potong kecil dan panjang dengan doh cutter. Gelekkan doh yang dah dipotong tadi hingga berbentuk selider. Jangan lupa tabur sedikit tepung campuran semolina dan tepung roti di atas working table untuk mengelakkan dari melekat. Bakar dengan api 150C sehingga masak. Masa membakar kena ikut size doh jugak.

Letak je grissini stick ni dalam balang dan bila kawan2 datang hidang je balang tadi sementara menunggu air masak. Confirm licin. Anyway I still prefer yang berperisa mixed herb gak. Kalau nak uli guna tangan, guna 1/4 sukatan cukuplah, takut tak larat nak uli. Caranya ialah campurkan dry ingredient dengan tepung, mulakan garam dengan tepung dulu - kacau rata baru masuk yis ye, yis mati bila terkena garam secara direct. Lepas tu tuangkan air dan kacau sebati, masukkan olive oil/atau minyak yang anda suka dan butter/margarine dan uli sehingga sebati. Rehatkan sebentar tumbuk2 untuk menghilangkan angin dan uli lagi sampai tak melekat di tangan. Barulah prosess membentuk dilakukan seperti di atas.

Anda Mungkin suka yang ini!