Wednesday, March 30, 2011

INTI KACANG MERAH -HOME MADE

A few days back I did promise a friend to post my "Inti Kacang Merah" here. Tapi dek kerana banyak tempahan so I lopa hinggalah semalam , tu pun kerana the current owner of my previous bakery called regarding my 'late' bakery. What to do, when I sell the bakery to them, it was really profitable. Kalau tak macamana I boleh beli all equipments cash! Dari duit keuntungan itulah yang I jimat2kan I belikan dough rounder, prover/proofer - whatever, 3 ovens, 2 chillers - 2 doors & 3 doors, freezer, working tables, all racks , display container dan macam2lah. I cuma tak ada dough sheeter je. Yang tu i guna rolling pin je. Lagipun I tak banyak buat pastry puff pun. And I start it from scratch! In fact my vannete pun guna duit tu jugak!


Even some other bakery owner di Perlis tu tak ada complete equipments macam I. Amat menyedihkan. Dengan all tenders, loyal customers, kantin2 sekolah yang memang jadi my loyal customers. In fact I still received order from them until now (of course I passed the order to them). Dimanakah silapnya? For sure I tak aniyayai mereka. May be managerial side or marketing side mereka yang silap. But, I did all the extra work hatta tak tidur 2-3 malam siapkan order. Sapa nak overtime sampai 2-3 pagi. Tuan punya kedai le. Ada ke owner bakery lain gergaji papan lapis untuk siapkan 10 plus kg cakeboard? Bukan sekali, tapi selalu. Payahle nak cari owner buat sendiri semuanya, and I do pay my self rate my first grade staff aje. Rasanya dengan 5 experienced staff yang continue serving them, they should prosper. I do admit most of cake decorations I did it my self, but my ex staff pun competent too.


I do pray that they will overcome their problem. I have no more right to dive into their problem once I received full payment from them. Rajin2 lah baca Al quran di kedai. Okey, resepi ini was given by Auntie Ah Khoon of Kedai Roti 2020. Thanks a lot . Payahlah bangsa mereka nak mewariskan resepi2 mereka kepada bangsa kita. But Auntie tak pernah kedekut ilmu, infact ajar buat kaya pia secara practikal lagi. FREE pulak tu. So atas dasar itu I pun nak share resepi ini untuk mereka yang memerlukan. Hasil nya sama macam inti kacang merah yang dah siap dijual kat bakery ingredients mart omit the preservative.


INTI KACANG MERAH AUNTIE

Bahan2nya:

1 kg Kacang merah besar - basuh bersih dan rendam sebentar

1700 - 2000g gula pasir (kadar manis ikut selera but lebih gula lebih tahan lama)

1 kg minyak masak - ikut suka cap apa pun

garam secukup rasa

Tepung gandum secukupnya

Cara2nya: 1. Rebus kacang tadi hingga mendidih dan tutupkan api, biarkan periuk bertutup selama 2-3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar, rebus lagi hingga lembut . Kisar kacang tadi hingga halus . Guna hanya air rebusan. Kalau perlu, tambah sikit aje air.

2. Masukkan kacang yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. Lebih kurang macam nak buat dodol. kacau sampai mendidih dan masukkan gula. Lepas tu masukkan garam halus agak hingga terasa lemak.

3. Bila dah mendidih lagi dan agak berkilat dan sebati masukkan minyak. Yang ini perlu dikacau sampai betul minyak sebati dengan kacang tadi biarka n mendidih dan agak likat. INGAT , guna api kecik sahaja. Kalau hangit, inti kacang akan dapat flavour hangit jugak. Sentiasa kacau jangan sampai berkerak.

4. Ambil pengayak dan letakkan sedikit tepung lebih kurang setengah cawan ayak2 kan tepung atas kuali tadi sambil dikacau. Ayak sedikit demi sedikit sambil mengacau. Bila adunan/ inti kacang tadi tak melekat dengan kuali or mula melekang dari kuali tadi , maka masaklah sudah inti kacang Auntie Ah Khoon kita .

5. Bolehlah tuang masuk kedalam bekas dan sejukkan. Jangan lupa simpan dalam chiller, bukannya freezer tau.


Kalau kita buat sendiri inti ini ia kan menjimatlan 50% kos. 5 kg inti yang telah siap sekarang harganya lebih RM20. Manakala kos inti kacang sendiri cuma RM10 shj dan terjamin kebersihannya. Kalau waktu buat tu sambil berselawat dan berzikir, insyaAllah bertambah lagi keberkatannya. InsyaAllah sekiranya Allah panjangkan umur saya, akan saya posting kan Resepi Roti versi Uncle Ah Kow dan resepi pastry Puff auntie Ah Khoon nanti. Resepi ini tak ada dalam buku! Dan, please kepada yang membaca artikel2 saya ni PLEASE write some comments . I need the feedback, Thank you.

11 comments:

  1. inti ni boleh digunakan untuk inti pau, kacang merah pia,roti, inti popia,onde2 goreng dan macam2lagi. I buat kuih koci pun kekadang guna inti ni.. cubalah

    ReplyDelete
  2. Tima kasih kerana kongsi resepi inti kacang ni. Lama dh cari.. KakYan.

    ReplyDelete
  3. TQ coz kongsi resepi ni. Nampaknya berbeza dari yg selalu sy buat. Nak cuba la.........

    ReplyDelete
  4. Selamat mencuba Naddia. sekiranya tak berpuashati, hubungi saya.

    ReplyDelete
  5. Salam kak ita...dah lama sue cari resepi ni...tq so much...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya memang peminat apa2 kuih yg berintikan kacang merah. Tapi tak pernah buat sendiri. La ni anak sy pulak peminat kuih inti kacang merah. Nampak gaya kena belajar buat ni. Tkasih kerana berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi resepi ni. Anak saya nak buat Dorayaki katanya. Maknye kena buat inti nampak gayenya....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi resepi ni. Anak saya nak buat Dorayaki katanya. Maknye kena buat inti nampak gayenya....

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kobgsi resepi. Akan cuba buat dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kobgsi resepi. Akan cuba buat dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  11. Tima kasih kerana kongsi resepi inti kacang ni. Lama dh cari...klau buat kuih onde onde pn boleh guna inti ni ke?

    ReplyDelete

Anda Mungkin suka yang ini!