Saturday, March 26, 2011

CREAM CHEESE FROSTING - Guna cheese buatan sendiri!

Remember my previous posting, I posted how to make your own cheese? Today, using that cheese, saya akan tunjukkan bagaimana nak buat CREAM CHEESE FROSTING... Terliur dibuatnya. Bak kata My No 2, mak tu berbulan tak makan nasi pun tak guna... Punah diet mak dek kerana sehari dok makan cream cheese.... Anakku... Mahu ku ramas mulutmu agaknya. Memang betul apa yang dia kata, maka Isnin ni kena lah cuba2 puasa...

Okey, sebelum saya senaraikan bahan2 yang diperlukan, inginlah saya membuat pengakuan bahawa saya telah merosakkan tekstur cheese buatan saya dengan memfrozen kannya. sepatutnya chill kan sahaja, tapi hari tu dah sendat sangat peti ais ni, so saya transferlah ke bahagian atas. Itupun kerana nak menyelamatkan nangka yang dah ranum(dari kampung le..), Buah tomato yang merah mengiurkan akibat tergoda dengan warnanya semasa ke Econsave dan macam2 lah yang tak padan patut dimasukkan ke dalam peti ais. Oleh kerana itu tekstur cheese saya dah jadi sikit kasar. Tak smooth macam cream cheese yang beli kat kedai... So... untuk remedy ketidaksempurnaan itu saya telah mencampurkan 3 sudu whipping cream (yang tak di whipped lagi ye ataupun susu segar/heavy cream pun boleh)

Bahan2nya adalah:
85 gram cheese buatan sendiri/ beli punya pun tak apa (lembutkan)
3 sudu besar butter/margarine
1/2 cawan gula icing (kalau tak ada hentam pi lah dgn castor sugar)
1 sudu teh vanilla extract (saya letak lime juice sebab saya suka masam, tapi lime jus tak ada, saya guna sunquick - sedap, lemak manis masam gitu.)

Cara2nya:
Masukkan semuanya kedalam mangkuk, putar dengan speed dengan perlahan, apabila dan sebati tambah kelajuan sedikit dan terus pukul hingga nampak gebu. Jangan lupa scrape tepi2 mangkuk tu dengan spatula supaya semuanya sebati. InsyaAllah kalau cream cheese tu elok (tak spoilt macam saya punya) Cream nya halus dan SEDAP! Saya punya sedap gak, tapi agak kasar.


Sorry Chef Izzudin dan Chef Faizol, tadi beri cuba/try/test/rasa frosting yang tak menjadi. But my hubby yang tak berapa suka susu said 'SEDAP'. But not too much... Muak.
Frosting ni saya gandingkan dengan Banana Chocolate Rice Cupcake hasil tangan anak bujang saya (My No 2). Ada sapa2 berkenan dengan dengan anak Bertuah ni? Cupcake ni guna minyak masak cap pisau instead of butter. Kononnya nak kurangkan kolesterol...



Kek Cawan Pisang berCoklat Rice (hentam ajelah namanya...)

Bahan2nya:
A
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu yeh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
- Semua bahan di atas di ayak bersama.
B
1 cawan pisang berangan dilecek (tak ada pisang berangan pun boleh juga jenis lain)
1/4 cawan buttermilk/susu masam/yogurt
1 sudu teh esen vanilla
- campurkan ketiga2 bahan ni dan kacau dengan garfu hingga sebati (nanti saya ajar macamana nak buat buttermilk)

C
1/2 cawan butter/minyak masak/margarine
1 1/4 cawan gula kastor (1 cwn kalau tak suka manis)
2 biji telur (preferably size A, kalau C jadikan 3)
- satukan semua dalam mangkuk besar dan pukul hingga creamy

D
1/2 cawan chocolate rice/chocolate chips
- masukkan B ke dalam C dan pukul hingga agak sebati. Masukkan A kedalam campuran tadi sedikit demi sedikit. Kalau masuk semua boleh juga, tapi akan berterbanganlah tepung nanti. Bila dah well mixed barulah masukkan D. Putar sekejap je ye.
Jangan lupa panaskan oven dulu. 180 C sebaiknya. Tuangkan adunan dalam acuan cupcake yang telah dialas dengan cawan kertas dan bakarlah selama 15 - 20 minit sampai golden brown. Keluarkan dan sejukkkan . Bolehlah letakkan cream cheese frosting tadi. Macam ni!
Cantik kan. Puji le diri sendiri...Okey, untuk buat buttermilk tadi bahan yang diperlukan ialah setengah cawan susu segar dan 1 sudu besar jus lemon/cuka. Masukkan cuka kedalam susu dan kacau, bila nampak berketul2 tu biarkan selama 10 minit. Akan terhasillah buttermilk. Buang larutan kuning di atas, cuma ambil susu yang berketul macam susu basi tu. Kalau tak ada susu segar pun boleh guna susu tepung, cuma bancuh 2 sudu besar susu tepung dengan setengah cawan air dan masukkan sesudu besar cuka. Kalau lambat sangat nak jadi berketul, tambah sesudu lagi cuka, cuma masam sikit aje lah. nak mudah lagi, beli aje yogurt...



Pergh.... Ni makan petang2 dengan "boyfriend" best. Kena pulak ada secawan teh tawar.... Selamat mencuba.

1 comment:

Anda Mungkin suka yang ini!