Wednesday, March 16, 2011

KEK GULA HANGUS ATAU KEK SARANG SEMUT?

"Kenapa orang panggil kek ni kek sarang semut, mak? Ada semut duduk dalam dia ke? Mualimah kata kita tak boleh makan semut, nanti lupa... AAN tak nak lah makan kek ni..." Adooi... Mak ai... Tu lah bahananya bila anak2 terlebih pandai. " Ini kek sarang semut, bukannya ada sarang semut kat dalamnya. Cuba tengok ni, kan bersarang dalam kek ni, macam sarang semut. Orang panggil juga kek gula hangus..atau kek karamel. Cubalah rasa sikit, sedap ni." "Tak nak lah, AAN tak nak bodoh...
Tak nak tak apa, sat lagi bila dia dah rasa tak boleh berhenti pulak sampailah habis licin.
Sebut tentang kek ni , pernah lak juga sesekali buat kek ni, tapi tak cantik bersarang nya.. Mana nya nak jadi kalau buat terus bakar. Semut nak buat sarang pun take time kan....So, kek ni kalau nak cantik gebu bersarang kena peram sekurang2nya 2 jam. Tuang siap2 ke dalam acuan yang beralas kertas minyak, tutup dan biarkan sekurang2nya 2 jam. Lagi lama lagi kenyal dan berkilat. Cuma kita tak sabarlah nak menunggu..Kebetulan ada sahabat yang menempah kek ni, resepi di bawah ni untuk dua adunan tau, I sell it for RM20.00. Normally satu adunan orang jual RM12 or less. It fit acuan square 9x9 . Besau tu...
Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Semut
bahan2nya:
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
4 sudu besar butter/margerin/minyak
8 biji telur grade A
2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum/tepung serbaguna
4 sudu teh soda bikarbonat ( ayak bersama tepung)

Cara2nya:

1. Masak gula seeloknya dgn non stick pan hingga keperangan, masukkan air sedikit demi sedikit perlahan2. Awas! Air mungkin memercik dan menyebabkan kecederaan. Gunakan sudip kayu yang panjang sebaik2nya. Kacau hingga cair gulanya, masukkan butter. Matikan api dan biarkan suam.
2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Jika tak suka manis, boleh kurangkan either sukatan gula or sukatan susu pekat.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Tuangkan larutan gula hangus yang masih suam tadi kedalam adunan tepung dan kacau rata.
5. Bolehlah dituang kedalan acuan yang telah dilenser minyak/butter. Nak lapis pun boleh. Tak mahu lapis pun tak apa, cuma senang sikit nak keluarkan dari acuan kalau berlapis kertas. Ingat, tutup acuan yang berisi tadi dan letakkan ditempat yang tak diganggu selama sekurang2nya 2 jam. Lagi lama lagi bagus. tapi bila nak bakar, buanglah tutup tu.
6. Selepas 2 jam, panaskan oven dahulu ke suhu 180 C dan masukkan bancuhan kek tadi. Bakarlah selama 1 jam atau sehingga masak. Uji dengan cake tester ata lidi. Bila lidi keluar bersih, maksudnya dah masak lah tu.
7. Sejukkan kek. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidang atau dijual...

Tada.... Inilah hasilnya...
Tips yang boleh dipakai guna:
1. Kalau tak sabar nak peram adunan tu, boleh gak guna shortcut, instead of biarkan air gula hangus tu suam, panas2 mendidih lagi air tu tuang aje dalam adunan dan kacau sebati. Kemudian kita akan nampak buih2 halus dlm adunan tu. Tu maknanya soda bikarbonat sudah bertindak balas, apalagi bakar ajelah kek tu. Tapi kek tu tak lah gebu sangat or tebal naiknya. Yang penting rasanya tetap sama.
2. Butter tu kalau tak dicairkan dengan air gula, pun boleh jugak dipukul dengan susu pekat. resultnya sama aje. Tapi ada orang kata dicairkan lagi baik sebab tak berminyak di atas kek. Tang ni kena buat ujikaji...
3. Masa mengadun tu tak perlulah guna mixer pun, pakai whisker tangan or senduk pun boleh. Kalu guna mixer tak payah laju sangat. Ini bukan sponge kek...

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin suka yang ini!