Sunday, September 25, 2011

Please , Be Yourself..... Just the way you are....

I am dedicating this song to all women that I ever know.... Be yourselves..


Just The Way You Are .......







Oh her eyes, her eyes
make the stars look like they're not shining
her hair, her hair
falls perfectly without her trying


she's so beautiful
and i tell her every day


yeah i know, i know
when i compliment her
she wont believe me
and its so, its so
sad to think she don't see what i see

but every time she asks me do i look okay
i say


when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are


her lips, her lips
i could kiss them all day if she'd let me
her laugh, her laugh
she hates but i think its so sexy


she's so beautiful
and i tell her every day




oh you know, you know, you know
i'd never ask you to change
if perfect is what you're searching for
then just stay the same


so don't even bother asking
if you look okay
you know i'll say


when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are


the way you are
the way you are
girl you're amazing
just the way you are


when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are

Thursday, September 22, 2011

Kelas biskut di IKHLAS Sepang



















































Kelas ini diadakan pada Julai 2011. Exact date dah lupa . nak tengok balik kat sijil tu malas pulak. Atas sebab keselamatan, saya tak boleh upload gambar2 peserta. So saya upload hasil kerjanya sahaja. Anyway, mereka memang talented! Tak kisahlah apapun latar belakang mereka, yang penting mereka mahu berubah... Memanglah ada dikalangan mereka ni penagih tegar, tapi tak semua yang ada di dalam ni menjadi eperti itu atas kehendak sendiri. Banyak yang berpunca dari broken family. Anak hartawan pun ramai.... Graduate pun ada... Semoga mereka terus tabah dalam cuba mengubah cara hidup mereka.

Dia kata dia tak reti....tapi.....akhirnya dia champion...







Ni anak saya yang sulung. Suka sangat ikut bila saya ada kelas kat mana2 pun. Bila suruh buat jawapannya mesti 'tak reti'. Hinggalah masa kelas kat Shah Alam tu, barulah dia menunjukkan taringnya. Ni dia deco barbie doll yang telah menambat hati seorang perwakilan umno. Sanggup tunggu anak saya habiskan deko ni dan pujuk nak beli. So, berjayalah anak saya ni menjual kek sulung nya semenjak pindah ke Selangor ni. Masa kat Perlis dulu diani jugalah yang banyak membantu....

Sekitar Kelas Baking Cake di KKCaw Shah Alam

Gambar2 di bawah ini adalah gambar semasa kelas Baking Cake di KKCawShah Alam di Sek 11 pada bulan Julai 2011. Kelas ini dihadiri oleh Wanita Umno Caw Sek 7. Antara yang hadiri kelas saya tu seorang pakar faux cake yang memang telah menjual banyak kek2 nya ke luar negara. Rasa seronok gitu...
Di akhir kelas (day 2) ada pertandingan deco barbie doll cake tercantik pula, gambar kat tengah ni adalah lima peserta yang menang. Pemenang di pilih melalui kekemasan, komitmen dan paduan warna.
Tahniah juga pada Puan Hajjah Hamidah, pengarah KKCaw Shah Alam yang ikut turun padang.



































































Di bawah ni pula Red Velvet Cake yang di hasilkan semasa hari pertama.































Terima kasih kepada semua peserta dan KKCaw Shah Alam. Panjang Umur kita jumpa lagi...


















































































































































































































































































































































































































Kelas baking cake 7&8 Ogos 2011











Kali ini kelas baking dijalankan pada bulan puasa. Mula-mula tu expect boleh habiskan kelas awal sebab dah skip lunch, malangnya hampir pukul 7 juga baru selesai. Kebetulan agaknya ramai yang hadiri kelas tu adalah pserta kelas2 saya yang terdahulu, so mereka menunjukkan komitment yang tinggi. Sebenarnya agak susah jugak nak dapatkan giliran join kelas2 yang dianjurkan oleh KKKLgat ini, maklumlah waiting list panjang, satu sessi pulak cuma 20-25 peserta aje, so sabar ajelah labu. Bila dapat giliran tu, memang jangan lepaskan.


Kali ini saya ajar kek Red Velvet dengan icingnya (butter roux) dan vanilla cupcake with fondant deco (day 1), sponge cake making (pagi), chocolate cheese brownies (tengahari) dan deco barbie doll cake (petang) untuk day 2.


Yang seronok sekali tu ada sorang peserta yang telah berjaya menjadi usahawan selepas join kelas ni. Dengar ceritanya Azie dari Sarawak telah pun menerima tempahan bertubi-tubi masa dekat2 raya tu. Tak menang tangan Azie buat Chocolate Cheese Brownies. Tahniah Azie! InsyaAllah saya akan pastekan resepi brownies tersebut untuk semua yang membaca blog ini


Kat bawah ni gambar-gambar sekitar kelas baking cake di KKKLgat dan di KKCaw S A. Yang di S A tu siap ada competition lagi siapa punya deco kek yang cantik sekali.... Nanti saya update detail ye..














Friday, July 15, 2011

FELT, Brooch Butang dan Dalilah...

Bulan June lepas adalah kawan ngikut KKKLgt pi buat demo kat Putra Jaya. Tak ingat exact date nya dah. Masa tu Karnival Kemahiran 1 Malaysia. Siap ada Jom heboh lagi. Kawan buat demo 3 hari kat booth KKKlgt. So hari yang last tu kawan bawalah Dalilah Dalilot ni buat peneman. Lagipun dah last day. Kawan dah tak larat, so ada gak tukang bantu angkut barang...

Kat dalam khemah KK tu ada macam2 booth such as Felt , Kristal, chocolate making, demo kawan-cupcakes & Barbie doll, ukiran buah dan make up dan banyak lagi...
Adapun si Dalilah ni dia asyik terstop kat felt kreatif ni, so kawan suruh le dia bayar 5 hinggit untuk belajar buat brooch, cekak rambut, sepit dan banyal lg lah. Kalau dan sehari dia duduk mengadap kat bahagian tu, macam2 lah dia pandai buat. At last kopak juagak rm50 beli kain felt kat dia siap dengan manik2, pin2, sepit2 ubtuk dia buat kat rumah. Bila nak buat kat rumah ni dan ada plan B pulak, nak jual kat kawan2, maka kawan terpaksalah keluar modal lagi beli barang kelengkapannya- hot gun, butang2, bunga2 plastik..
Nanti kawan upload gambar hasil kerastangan Dalilah ni. Cantik jugak dan dan banyak treima tempahan dari kawan2. Teman jugak le yang tak menyempat nak pi beli bahannya.

Sudah lama tak jumpa.....Apam Polka Dot



Sudah terlalu lama rasanya tak update blog ni, lantaran sibuk dengan kelas masakan dan juga tempahan pelanggan. Lagi pun bulan Mei dan Jun lepas kan bulan perkahwinan... Banyak juga lah tempahan yang diterima, cupcake bugdet esspecially- maklumlah cuma 50 sen seunit. Zaman sekarang ni payahlah nak dapat rega tu... Tapi kawan tak kesah, kita buatlah takat yang boleh.. Untung ciput tak jadi masalah, yang penting ada sales. Orang kata sikit sikit lama lama membukit... Bukan hutangku membukit yer..
Hari ini nak share resepi Apam Polka Dot. Resepi ni ambik kat myresepi jer tapi improvised sikit. Kalau ikut sukatan tepung kat resepi asal tu, hasilnya apam sedikit keras... Kalu dah msuk hari ke dua dan seterusnya... lagilah keras ketung2. So, kawan kurangkan sikit sukatan tepungnya. Begitu juga sukatan baking powder, kawan kurangkan juga sebab kalau banyak sangat terasa pahitnya. Satu lagi, kawan guna santan kotak instead of susu segar, separuh sab=ntan pekat dan separuh air. Ni kalau guna flavour pandan , perghhh sedap. Langsung tak bau hanyir telur..


Apam Polka Dot - buat corak bunga pun boleh, nak cun lagi buat corak lady bug..


3 biji telur

220 gram gula - gula pasir ke, castor ke..

1 sudu teh ovallette

150 ml santan kotak yang dicairkan dgn sedikit air

265 gram tepung gandum

2 sudu teh baking powder

secubit garam

1/2 sudu teh esen pandan

beberapa titik warna hijau -secukupnya

beberapa titik warna biru atau yang digemari untuk dot-dot.

filling - jam atau kaya, inti kacang merah pun ok jugak

paper cup kecil

piping bag


Cara-caranya:

Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih.


Masukkan telur, gula dan ovallette kedalam mixing bowl dan pukul dengan kelajuan agak tinggi sampai gebu. Kurangkan speed, masukkan santan berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan garam.

Ambil sesenduk bancuhan tanpa warna dan masukkan kedalam mangkuk lain. Titikkan warna biru dan kacau sebati. Masukkan bancuhan biru tadi ke dalam pipping bag dan simpul kemas bahagian atasnya.

Titikkan warna hijau dan esen pandan ke dalam baki bancuhan di dalam mixing bowl dan kacau rata. Masukkan kedalam pipping bag dan simpul.

Masukkan juga inti yang di gemari kedalam pipping bag dan simpulkan.

Letakkan papercup ke dalam acuan kuih lompang yang tealah di susun dalam pengukus. Potong pipping bag dan paipkan adunan hijau separuh cup. Paipkan inti pula sedikit. Paipkan semula adunan pandan diatas inti tadi. Kemudian paipkan bancuhan biru mengikut corak yang disukai diatas bancuhan hijau - eg. dot dot (normally 5 dot), bentuk bunga lima kelopak, smiley, lady bug etc..

Kukuskan selama 10 minit , InsyaAllah masak dah. Bolehlah di sajikan untuk minum petang.


Kalau nak jual boleh jugak, biasanya tanpa inti kawan jual RM25, ada inti RM30. Biasanya kalau warna pink kawan letak flavour strawberry, purple perisa keladi, orang perisa oren, kuning perisa jagung, coklat guna coklat emulco.. Filling pulak kawan letak samada- jem strawberry, mango, kacang merah, kaya, coklat, blueberry - mengikut kesesuaian warna dan perisa ataupun kehendak pelanggan.


Remember, customer always right!


Tips lain yg boleh dipakaiguna:

1. Santan boleh ganti dengan susu segar. Kalau tak ada santan cair, serbuk pun boleh guna, begitu juga susu- cuma cairkan dengan kadaran air yang sepatutnya.

2. Tepung tu kawan selalu guna tepung naik sendiri yang kawan buat sendiri. Nisbahnya 500 gram tepung gandum biasa - alah yang paling murah sekali campur 3 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam (secubit besar). Ayak atau pun campur sebati guna hand whisk tu. Lepas tu guna je untuk apa pun resepi yang memerlukan tepung naik sendiri. Jimat kan...

3. Ovalette tu memang kena pukul sekali dengan gula dan telur, bukannya apa, bila bergaul dengan gula kasar tu akan cepat larut dan sebatilah ovalette tu. Dia ni bentuk krim yang bergris gitu, silap2 tak sebati betul2 terasa pedar nya..



Monday, May 9, 2011

AAN DAN MEDAL BOLASEPAKNYA



Muhammad Farhan@ Aan (dua dari kanan)




Aan memakai jersi no.1 (berdiri, dua dari kiri)



Rasanya dalam family aku ni tak ada yang kaki bola sepak. My brother aktif dgn rugby, tu yang terturun kat anak sedara dia si Atim tu. Elok lah tu, depa dua pun saiz lebih kurang jer..Posisi pun sama jadi Forward. Rasanya turun dari abah budak2 ni lah. Memanglah abah dia main untuk kolej dia masasekolah menengah dulu , lepas tu jadi coach utk junior fc masa kat oklahoma dulu. Setakat main sikit2 tu abah dia bolehlah mungkin sebsb dia concerntrate on tennis kot. So serba sikit talent dia dapat pada Aan.
Cerita pasal Aan ni, dia jadi goalkeeper, tapi setiap kali balik training dia mesti mengeluh... "Tak best lah main, Aan tak dapat tendang bola banyak. Asyik kena tunggu bola datang aje.." ????? Memanglah goolie kena tunggu bola datang! Kalau pi rebut sama bola kat tengah padang tu bukan keeper namanya... Aan... Aan..
Anyway, he is a good keeper. masa Karnival Peringakat Daerah 2 minggu lepas dia cuma boloskan 2 gol aje daripada berpuluh cubaan. Satu dari penalti semasa lawan semifinal dan satu gol lagi masa final. Tak di nafikan defender dan striker group Assalam memang bagus. Terima kasih banyak kepada Abi dan coach sorang lagi tu yang melatih budak2 ni dengan penuh kasih sayang. Tak lupa juga buat mualimah yang sentiasa mengingatkan Aan supaya terjaga dari angan dia bila bola datang.
Aan ni bila bola tak sampai kat dia , Aan akan bertukar jadi Ultraman kejap. Macam 2 aksi dia buat kat depan gawang gol dia. "Bosanlah mak..." Tapi itu yang menarik perhatian orang.. Penonton kata dia "Ultrakid". Ada juga yang panggil dia 'Taekwandokid'. Entahlah. Yang pasti ada sekali tu Aan merajuk tak mau jadi goolie. Dia buat perangai dah... Dia duduk diam dan pegang lutut. Pujuk macamana pun tak jalan, hinggalah coach yang fatherly tu benarkan Aan jadi striker untuk kali tu aje. Punyalah seronok Aan.. To my surprise, he is a good striker too.. Coach pun torn apart, nak bagi dia jadi striker, tak ada yang layak untuk ambil tempat Aan sebagai goalkeeper. Jadi teruslah Aan jadi goalkeeper... But a damn good one!
Bila dah menang peringkat daerah tu Aan and Assalam team pun mewakili Kuala Langat ke peringkat negeri. Malangnya mak dan abah tak dapat pergi menonton Aan beraksi. Khabarnya Aan performed well. Ini cerita dari ayah Taqhif striker, Cuma satu goal aje yang menyebabkan team Assalam dapat no 3. Maknanya Aan berjaya mengawal gawangnya dengan baik sekalilah ye.. Tahniah Aan. Tu pun katanya sebab tendangan Aan tak berapa kuat dan defend yang berada depan Aan tak sempat nak bawa bola ke atas dan telah dirampas oleh stiker lawan (Kapar) dengan cepat lalu menendang ke gol dengan tendangan yang agak tinggi dan tak dapat di capai oleh AAn. Maka itu lah gol yang menumpaskan Team Assalam semasa Semifinal.
Tak apalah Aan , yang penting adalah pengalaman... It is something that you cannot buy. Nak pinjam pun tak boleh.
Petang Sabtu tu, agak lewat jugak, tapi aku dah balik dari buat demonstrasi cupcake and buttercream deco di Sekolah Men Taman Tun Hussein 2, Aan dengan lemah longlai muncul di pintu rumah, "mak, Aan kalah... Aan tak dapat tangkap bola tu, tinggi sangat..." "Opppps, stop, jangan nangis.... Aan dah cuba yang terbaik kan.. Mak tak marah cuma mak minta maaf sebab mak tak dapat tengok Aan. " Tak pe, mak kerja kan...Aan tau tu. Tapi kan mak pesan jangan bagi bola masuk gol Aan." Alamak tersilap cakapke aku pagi tadi... " Mak melawak aje tu... Okey jommandi , makan nasi dan Aan boleh tidur" Ya Allah , hitam legam anak aku ni.. maunya sebulan tak hilang ni..
Murninya hati Aan tak nak hampa kan harapan mak..
"Mak ini medal Aan. Aan nak kasi kat mak, hadiah hari ibu. Aan tak ada duit nak beli hadiah." Menitik air mata aku.. Mualimah kata "mak, mak, mak 3 kali barulah abah. Aan sayang mak. Mak dah lahirkan Aan, besarkan Aan. Bawah kaki mak ada syurga kan.." Ya Allah , semoga Aan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup...

Aan bersama medal yg dimenangi

Thursday, April 28, 2011

KELAS MENGHIAS KEK ANAK PATUNG - menggunakan buttercream





Saja nak share gambar2 sewaktu kelas mendeco anak patung pada hujung minggu lepas (24 April). Nak kata decorating barbie doll, kami tak guna barbie doll pun, tapi anak patung plastik berharga RM3.00 sahaja. Errr, kalau nak guna barbie doll ori punya mahu ketaq tangan nak bayar harga anak patung tu kot. Saya beli 30 anak patung untuk kelas tu..
It was a nice class, everybody cooperating very well, or can I say they are looking forward nak belajar, especially yang ada anak perempuan tu.. Almaklumlah kalau nak beli at least RM30 juga terbang. Kalau buat sendiri RM10 je dah cukup. Bukan susah pun nak buat yang penting SABAR... So, keputusan di tangan sendiri..


Yang di atas ni hasil tangan cikgu lah....



Yang ni pulak hasil tangan anak murid...



Sebahagian peserta yang mengikuti kelas pada 24 April lepas..




Di atas ini adalah antara hasil2 kerja tangan peserta hari itu. Perlu di ingat, mereka cuma attend class untuk beberapa jam sahaja ye... Ini sudah kira terbaik!

Anda Mungkin suka yang ini!