Thursday, September 22, 2011

Kelas baking cake 7&8 Ogos 2011











Kali ini kelas baking dijalankan pada bulan puasa. Mula-mula tu expect boleh habiskan kelas awal sebab dah skip lunch, malangnya hampir pukul 7 juga baru selesai. Kebetulan agaknya ramai yang hadiri kelas tu adalah pserta kelas2 saya yang terdahulu, so mereka menunjukkan komitment yang tinggi. Sebenarnya agak susah jugak nak dapatkan giliran join kelas2 yang dianjurkan oleh KKKLgat ini, maklumlah waiting list panjang, satu sessi pulak cuma 20-25 peserta aje, so sabar ajelah labu. Bila dapat giliran tu, memang jangan lepaskan.


Kali ini saya ajar kek Red Velvet dengan icingnya (butter roux) dan vanilla cupcake with fondant deco (day 1), sponge cake making (pagi), chocolate cheese brownies (tengahari) dan deco barbie doll cake (petang) untuk day 2.


Yang seronok sekali tu ada sorang peserta yang telah berjaya menjadi usahawan selepas join kelas ni. Dengar ceritanya Azie dari Sarawak telah pun menerima tempahan bertubi-tubi masa dekat2 raya tu. Tak menang tangan Azie buat Chocolate Cheese Brownies. Tahniah Azie! InsyaAllah saya akan pastekan resepi brownies tersebut untuk semua yang membaca blog ini


Kat bawah ni gambar-gambar sekitar kelas baking cake di KKKLgat dan di KKCaw S A. Yang di S A tu siap ada competition lagi siapa punya deco kek yang cantik sekali.... Nanti saya update detail ye..














No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin suka yang ini!