Saturday 19 Feb.
Masuk hari ni dah seminggu aku tak menjamah nasi. tapi tak bermakna aku boleh makan benda2 lain ikut sesuka je. Aku tak makan makanan yang berlemak dan berkarbohidrat tinggi. Basicly aku makan sikit je. Sayur dengan ikan ke, ayam dengan sayur ke, biskut dengan sambal tumis, secawan oat dengan kismis ke, yang ringan2 je. Setakat ni Alhamdulillah, nafsu boleh dikawal. Amalkan minum tea yang diperah liamu nipis. Kebetulan balik kampung CNY hari tu mak bekalkan seplastik limau kasturi, jadi aku guna je limau tu. Bila rasa lapar minum je air masak. Badan pun rasa ringan, senang berpeluh. tapi pizza aku hentam jugak. Dah hari2 ada tempahan, mesti buat extra untuk anak2, alah aku setakat rasa one small slice je... Lepas tu skip dinner... Yang aku perasan sangat2 bila tak makan nasi ni, makanan kita cepat sungguh dihadam kan, apa yang aku makan masa breakfast wajib keluar petangnya. Macamana aku pasti? Intai2 le waktu melepas tu. Perut pun dah kurang cm nya. Tak ukur lagi tapi seluar ada sedikit melorot kebawah dah.
Sat lagi aku nak pi timbang berat dan ukur badan. Jeng, jeng, jeng.... Hopefully ada penurunan yang positive. kalau tak ada perubahan, nampaknya petang ni kena mula main tennis or squasah dengan Cik Din. Racket pun dah berdebu dalam stor. Kalau rajin lebih boleh ajak Mustaqim jogging atas trek. Dapat 5 round dah kira bagus banget... Tak larat lari, jalan pun jadi lah..
Kita tunggu minggu depan untuk result yang seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda Mungkin suka yang ini!
-
Anak2 aku penggemar cheese aka keju. So, everytime ke supermarket wajiblah beli untuk diaorang. Depa beli cheddar or sliced cheese. Aku pula...
-
A few days back I did promise a friend to post my "Inti Kacang Merah" here. Tapi dek kerana banyak tempahan so I lopa hinggalah se...
-
My no 5 hantu tart telur. Pantang nampak mesti nak beli, tapi everytime aku beli dia mesti akan keluarkan statement ni.... "Kenapa diao...
No comments:
Post a Comment