Anak2 aku penggemar cheese aka keju. So, everytime ke supermarket wajiblah beli untuk diaorang. Depa beli cheddar or sliced cheese. Aku pulak borong mozarella untuk tempahan pizza aku. Kat Banting ni, tak banyak supermarket yang jual mozarella, setakat ni cuma TESCO dan Two Ply je yang ada. Tesco boleh beli sikit2 sesuai dengan budget, tapi Two Ply mak ai kena beli bulk, kalau sekilo tak apa, ni packaging 2kg, kali ajelah berapa jumlahnya. 250gm lebih kurang RM14. Heran juga ye kat Perlis dulu berlambak dan mudah nak cari mozarella ni. Siap ada yang potong kecik or timbang ikut berapa kita nak... Entahlah...
Maka tergeraklah hati aku untuk membuat keju sendiri. Kebetulan pulak fresh milk amat mudah nak dapatkan dan murah lagi tu... Straight dari ladang... Pesan pagi, petang mesti dah ready untuk diambil. Sebelah rumah je. So aku pun surf lah internet, cari aje kat How to.... confirm keluar macam2 cara nak buat basic cheese. Simple dan senang je. Marilah kita share macam mana nak buat.
Alatan yang perlu ada:
1.Periuk stainless steel atau enamel atau yang ada corningware tu, guna aje periuk corning tu.
2. Mangkuk kaca/plastik pun boleh.
3.Penapis
4. Kain kasa/ tudung kasa bawal yang tak mau nak pakai boleh gak guna. Pastikan bersih dan tak ada rambut melekat ye.
5. Sudip stainless steel atau sudip kayu.
Bahan2nya:
2 cawan susu segar (ini sikit je untuk first time belajar, saya buat hari tu 1.5 liter)
4 sudu teh cuka makan/jus lemon/limau nipis or kasturi boleh gak
secubit garam halus
Cara2nya:
1. Masak susu dalam periuk dan keep kacau hingga mendidih. Jangan sampai hangit or melimpah... Tutup api bila dah mendidih dan biarkan periuk di atas dapur.
2.Masukkan cuka /lemon juice tadi kedalam susu dan kacau. Kacau rata dan biarkan 5 - 10 minit. Susu tadi akan terpisah dan jadi gumpalan kecil dari larutan kekuningan jernih di panggil 'whey'. Ala , macam susu basi dalam botol tu...
3.Letakkan penapis dalam mangkuk dan kain kasa atas penapis itu. Tuangkan susu yang dah terpisah tu dan tekan2 sikit supaya air keluar. Untuk mudah lagi pulas aje kain kasa tu mcm kita perah kain masa zaman tak ada washing machine dulu2. Akan terhasillah satu gumpalan putih yang dipanggil keju.
4. Campurkan garam tadi rata2 dan gumpal sekali lagi sampai jadi bentuk bulat padat. Simpanlah dalam peti ais. Ini kita boleh gunakan untuk buat campuran kek atau cream cheese.
InsyaAllah nanti saya akan share cara2 untuk buat MOZARELLA cheese , CREAM cheese dan RICOTTA cheese. Maaf, atas sebab teknikal tak dapat up load gambar lak. Nanti saya up load bila dah settle masalah tu. Mozarella cheese ni gunakan rennet. Saya tengah order onl ine rennet yang halal dibuat dari plantbased. Kalau sesapa tau mana nak beli rennet halal kat Malaysia ni, tolonglah bagitau. Rennet ni traditionally diperbuat dari larutan yang terdapat dalam perut anak lembu/kerbau . Kalau yang buat nya tu orang Islam, mungkin le disembelih, tapi dah cheese ni bukan 'makanan kebangsaan' orang Islam so, faham2 aje lah. Maka carilah mozarella cheese yang di perbuat dgn plant based rennet.
Opps, sebelum saya lupa, larutan kuning tadi atau 'whey' tu jangan lah dibuang, simpan dan gunakan sebagai pengganti air sekiranya anda buat kek ke, bingka ke. Buat cucur pun boleh ,cuma gantikan air dengan larutan ini. Sedap dan berkhasiat. Cuba rasa, ianya agak manis dan lemak kan. Biasanya orang guna semula untuk buat Ricotta Cheese dengan mendidihkan semula air ini dan menapis particle yang terhasil nanti. Tapi untu jumlah air yang sikit ni, guna ajelah untuk buat kuih. Ianya kaya dengan protein dan mineral. Cubalah 'google' untuk cari info ini. Saya gunakan larutan ini untuk buat kuih lapis or pengganti santan. Simpan dalam peti sejuk ye.
Dari 1.5 liter susu yang saya buat tadi saya dapat 600gm keju yang bernilai lebih RM15. Saya cuma belanja RM6 untuk susu dan selebihnya guna aje yang ada kat dapur kita. Masa yang saya gunakan lebih kurang 30 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda Mungkin suka yang ini!
-
Anak2 aku penggemar cheese aka keju. So, everytime ke supermarket wajiblah beli untuk diaorang. Depa beli cheddar or sliced cheese. Aku pula...
-
A few days back I did promise a friend to post my "Inti Kacang Merah" here. Tapi dek kerana banyak tempahan so I lopa hinggalah se...
-
My no 5 hantu tart telur. Pantang nampak mesti nak beli, tapi everytime aku beli dia mesti akan keluarkan statement ni.... "Kenapa diao...
salam... nak tanya, klu susu 1.5l cukanya nak letak berapa?
ReplyDeleteSaya dah cuba.....alhamdulilah ...terima kasih berkongsi resepi,pas ni xyah nk sibuk2 ke kedai cari cheese...100% halal...
ReplyDeleteMmg terbaik tq for sharing...klu sudah berjumpa lokasi rennet harap dpt dikongki besame..tq..:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih utk resepi ini.. Akhirnya, boleh buat homemade cheese.. (^_^)
ReplyDeleteSalam akak... kalau tahu kat mana nak dapat kan rennet tu kasi tahu ek... lama dah mencari...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCuba contact http//rennet-id.blogspot.com untuk dapatkan vegetable rennet .
ReplyDeleteAmpun maaf dipinta dah berzaman tak update,
aslkm...dimana saya boleh dapatkan rennet dari sayuran...minta tolong dapatkan info...terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKlu wt 1.5 liter..susu.dapt berape gram kejunye.tq:-)
ReplyDeleteKlu wt 1.5 liter..susu.dapt berape gram kejunye.tq:-)
ReplyDeleteSalam nk tnya kat mana bole dpt cheese mozarella yg timbang kt perlis ni
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/Pembuatan-keju-cheese-making-1019298424807592
ReplyDeleteSini ada jual rennet sayuran halal
Gune susu ape yee????
ReplyDeleteGune susu ape yee????
ReplyDeletesusu lembu karr
DeleteSember rennet tu halal ke? Cuma tanya..
ReplyDeleteNak tyk. Brapa lama cheese tu boleh btahan? Ada expired date x?
ReplyDelete