Monday, April 23, 2012

Mari Berhibur

Ini kes malas nak update~

So, marilah berhibur sementara menunggu M00d Baik nak update!!!!
hahaha.....

* Sesal Mendua - Klangit

http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=xGZI_OR6sMw&feature=endscreen

Thursday, January 5, 2012

KEK CARROT, WALNUT DAN PINEAPPLE DENGAN KRIM CHEESE


Saya menerima banyak tempahan kek ini especially dari sahabat2 yang seusia dengan saya... hehe.. Agaknya dah makin bertambah usia, nak yang sedap tapi ada unsur2 healthy sikit2... Agaknya lah.. Kalau silap, maafkan saya. Tapi yang sebenonya Carrot cake ni memang sedap, masa tengah bakar tu bau wangi macam kelapa bakar, bila dah siap sedap banget. Saya suka makan panas-panas tanpa topping. Kalau ada lebihan sirap toffee tu lagi syiok! Normally Carrot Cake ni toppingnya cheese cream lah.

Sebelum nak mula buat tu pastikan anda ada acuan bulat atau 4segi atau pun bentuk2 yang puah suka asallkan saiz 10 inci atau lebih. Sebabnya adunan resepi yang saya nak share ni agak banyak. Takut melimpah pulak keknya nanti di dalam oven. Loyang ni lenserlah dengan butter atau pun magerin saki baki yang melekat kat sudu tu atau pembalut butter (bagi yang guna butter seketul 250 gm tu), minyak jagung/masak pun tak jadi masalah. Lepas tu lapiklah dengan kertas minyak tau apa2 kertas yang bersih. Jangan guna newspaper sudahlah....



Carrot Walnut Pinapple Cake.

bahan-bahan:

300 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking powder (ada juga yg panggil tepung penaik ni..)
2 sudu teh soda bikarbonat (ada yg panggil soda penaik )

- ayakkan bahan2 di atas ni. Bukannya apa, bila ayak, tepung jadi ringan, bahan2 sebati dan makhluk2 asing yang ada dalam tepung pun dapat di kenal pasti. Kek pun lebih gebu... Kalau guna tepung naik sendiri, tak payahlah tambah baking powder. Kalau nak guna tepung superfine pun lagi bagus. Lagi haluslah texture kek tu nanti. Nak guna tepung cap apa? Gunalah tepung yang puan-puan suka dan selalu guna. Itulah yang terbaik sebab kita dah mahir dengan kelebihan dan kekurangan sesejenis tepung tu. Tepung gandum biasa ni di panggil juga tepung serba guna/ multi purpose flour. Boleh guna untuk apa aje, yang penting betul sukatan, betul kombinasi bahan, insyaallah jadi... Yang penting doalah waktu nak mula buat apa-apa jenis masakan pun, minta keberkatan allah dan menjadi.

4 biji telur - sebaiknya grade A
300 gram gula kastor - guna gula biasa pun boleh tapi kena pukul lama sikit sebab saiznya agak kasar
300 gram minyak jagung/margerin/butter - yang ni boleh pilih mana satu. Saya suka butter, sebab wangi baunya dan lebih lemak berbanding minyak jagung, tapi kurang sihat le...
-pukul gula dan telur hingga ringan,masukkan minyak atau mentega hingga sebati. Lepastu masukkan gabungan carrot, walnut dan nenas yang telah digaul sebati. Sukatannya spt dibawah ni
- 80 gram walnut/badam/pecan atau apa jenis kekacang yang ada dlm simpanan (jgn lupa dipanggang sebentar ya, masuk je dlm oven sementara memanaskan nya tu. agak2 10 minit dan berbau harum tu kira ok dah.

- 300 gram lobak - sagat agak kasar - kalau halus sangat nanti tak terasa carrotnya

- 200 gram nenas dalam tin, ambil nenas aje ye. Airnya kita minum - cincang kasar ye..


Selepas dah masukkan campuran carrot diatas , masukkan pula bahan kering yang telah diayak tadi. Bila dah sebati, tuang kedalam acuan dan bakarlah selama 45 minit atau 1 jam bergantung kepada saiz acuan. Lagi besar acuan lagi cepat. Suhu yang sesuai ialah 175-180 C.


Bila dah masak bolehlah hiaskan dengan krim keju.


Resepi untuk krim keju:

150 gram mentega ataupun krimwell (kalau guna krimwell warnanya putih bersih)

150 gram krim keju

150 gram gula ising.


Pukul dulu krim keju hingga agak lembut, masukkan mentega atau krimwell dan gula ising hingga kembang dan gebu. Sapukan pada kek yang telah sejuk dan hiaskan.

Selamat mencuba....



Ini adalah antara hiasan yang selalu saya buat untuk tempahan. Simple aje kan. Kek yang mewah rasanya tak perlukan hiasan yang berlebihan!










































































































































Anda Mungkin suka yang ini!